Friday, 30 November 2012

Ibnu Al-Qayyim berkata....

TAUBAT berada di antara DUA muhasabah iaitu:

1.Muhasabah SEBELUM taubat
2.Muhasabah SELEPAS taubat.

Taubat kita terpelihara apabila kita berada di antara dua taubat itu.

TEGASNYA....
Manusia perlu melakukan taubat secara terus menerus sepanjang hayat selagi hayat dikandung badan kerana dalam perjalanan hidup manusia, Iblis dan syaitan sentiasa mengintai manusia.

Di mana pun arah manusia menghadap Allah, disitu Iblis dan syaitan menghalang. Iblis dan konco-konconya tidak kenal lelah kerana telah bersumpah di hadapan Allah untuk menyesatkan manusia.

[Sumber: Buku '3 T-Taubat, Tasbih, Tahajjud', Zaini Ali Akhbar, ms: 96]

BILA KAU JATUH SAKIT

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan mengutus 4 malaikat :

1. Malaikat Pertama akan mengambil SELERA MAKANNYA.
2. Malaikat Kedua akan mengambil REZEKINYA.
3. Malaikat Ketiga akan mengambil KECANTIKAN/KETAMPANAN WAJAH (pucat).
4. Malaikat Keempat akan mengambil DOSANYA.

Apabila telah sampai waktu yang telah Allah tetapkan untuk hambaNya kembali sIhat, Allah akan menyuruh Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga agar mengembalikan apa yang telah diambil oleh mereka. Akan tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Keempat mengembalikan dosa hambaNya tersebut.

SubhanAllah, betapa Mulia dan Baik Hati nya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika kita sakit, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atasNya.

Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus segala dosa.

SIAPA KATA..

SIAPA KATA USTAZ tαk pernαh buαt DOSA.
SIAPA KATA PAKAR KAUNSELING tαk αdα MASALAH.
SIAPA KATA CIKGU tαk pernαh buαt SILAP.
SIAPA KATA CHEF tαk pernαh mαsαk NASI MENTAH.
SIAPA KATA DOKTOR tαk pernαh SAKIT.
SIAPA KATA PROFESOR tαk pernαh kenα tipu.
(wαlαupun PROFESOR serbα TAHU)...

INGATLAH bαhαwa, semuα MANUSIA yg HIDUP Di DUNIA ini,
ALLAH berikαn KELEBIHAN dαn KEKURANGAN mαsing-mαsing.

ALLAH berikαn KELEBIHAN,
Bukαnlαh 100% diBERI semuα pengeTAHUαn.

ALLAH berikαn KEKURANGAN,
Bukαnlαh sehinggα iα mengHINAkαn.

Terkαdαng sengαjα ALLAH menyulitkαn perkαrα yαng kitα PAKAR αgαr kitα tidαk perlu SOMBONG. AGAR kitα sentiαsα menjαdi HAMBA yαng berSYUKUR kepαdα-NYA. ♥

Thursday, 29 November 2012

Subhanallah


Gambar yang saya sertakan menunjukkan bayi yang baru sahaja lahir berserta kantung air ketubang yang masih dlm keadaan baik. Gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t. menjadikan lendiran2 ini sebagai wakil (asbab-pelindung) kepada seorang bayi tatkala ia berada di dalam kandungan ibunya, di saat dia tidak punya sesiapa melainkan Allah."

Seorang ulama pernah menyebut: "Tawakal seorang bayi sangat tinggi melangit, dibandingkan tawakkal kita kepada Allah, bayi tidak mampu berbuat apa-apa dan menyerahkan takdir sepenuhnya untuk diperlakukan seperti apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. Tapi Allah Maha Pelindung, sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

*Gambar yang cukup mengkagumkan, dan membuatkan kita terfikir akan keajaiban ciptaan & kuasa Allah s.w.t.

Monday, 26 November 2012

Dunia Baru





Kali pertama dalam hidup aku bergelar ibu... memang dilanda macam-macam rasa. Rasa best (ade ke rasa best tu?), rasa tak percaya aku dah masuk satu lagi fasa baru dalam kitaran hidup manusia. Rasa teruja bila pandang mata si kecik ni. Anak aku ke?? Ya Allah... besarnya kurniaanMu padaku.. selangkah lagi aku masuk ke DUNIA BARU...

16hb Julai 2012... tanggal kelahiran puteri kesayanganku 'AINNUL MARDHIAH. Lahir pada jam 1.29 pagi. Lahir normal dengan berat 3.28kg. Semoga kamu membesar dengan sihat dan selamat. 

Di saat aku menulis ni.. 'Ainnul da berusia 4 bulan dan 10 hari. Alhamdulillah membesar dengan sihat dan kuat, insyaAllah. Dari 3.28kg, sekarang dah 6.8kg. Walaupun kadang-kadang terasa letih semuanya jadi lega bila tengok keletah dia. aiii.. patutlah ibu-ibu ni selalu beralah dengan anak-anak. Sekarang baru aku rasa macam mana perasaan tu..

 
Dear Diary Blogger Template