Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan
muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita
mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana
syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna
yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke
kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan
berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti
besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana
wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak
umum.
Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan
garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya
semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan
dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah
ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai
tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan
hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar
sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.
Tidak lengkap dan sempurna. Malah menambahkan FITNAH !!
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya
masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher,
dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang
sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk
wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok
di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik.
Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya
lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung.
Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah,
sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.
Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah
bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya
sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan
bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan
menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus
pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang
tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri.
Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah
yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan
sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.
Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan.
Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun
dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan
bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan.
Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada
orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang
bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada
orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang
bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan
muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang
bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.
Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang
Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat
melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan
bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih
baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan
Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang
tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai
mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak
perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya
peranan tudung untuk dakwah orang lain.
Tudung di Luar dan Dalam
Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita
sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain
tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak
terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah
punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau
akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib
ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa
ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka
mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.
Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab
setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah
antara mereka dengan Allah.
Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun
bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah
satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah
satu dosa lain.
Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan
pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir
dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah
sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan
qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan
amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu
bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat
kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka
mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai
seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam.
Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya
akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah. Barulah orang terpikat
untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat
dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam
itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam
sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang
agama melalui pakaian.
Sumber: Darul Nu'man
Cik 'Ainnul dengan koleksi tudung yang ada. Mama Cik 'Ainnul nak cari lagi. Biar Cik 'Ainnul biasa dan selesa bila menutup kepala dgn tudung. Bukan lagi dengan headband atau topi. Mama & Baba sayang Cik 'Ainnul ketat2. Semoga Cik 'Ainnul menjadi contoh muslimah sejati kepada yang lain. Amiin
Tuesday, 14 May 2013
Sunday, 17 March 2013
Produk Shaklee
PERBEZAAN SHAKLEE
Selama lebi 50 tahun, beberapa generasi keluarga telah mengharapkan kami untuk melakukan apayang tiada syarikat lain boleh lakukan seperti Shaklee - membuat produk yang semula jadi, selamat DAN terbukti berkesan.
Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dankehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Kami melakukannya dengan membuat produk semula jadi yang begitu luar biasa, anda hanya perlu untuk memberitahu kawan-kawan anda. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi, dan menjadi mesra alamdi planet ini.
Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu 3 perkara adalah benar. Ia adalah sentiasa selamat. Ia sentiasa berkesan. Dan ia sentiasa mesra alam.
KAMI MENJAMIN KEBERKESANAN
=============================
Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti.
SENTIASA MESRA ALAM

=========================================
Kami bermula dengan alam semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik. Maka kami menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Dan kami terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.
Secara teknikal, produk Shaklee tiada parabens, Triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1, 4-dioxane, atau propilena glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan kami adalah selamat dan bebas daripada biopherol toksin - phthalates dan dakwat toksik. Itulah sebabnya kami benar-benar pasti : SETIAP PRODUK SHAKLEE DIJAMIN 100% SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN.
KAMI MENJAMIN KEBERKESANAN
=============================
Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti.
Saturday, 16 March 2013
Cara berjalan & Wanita. JOM.. singkap rahsianya
1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah
Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.
2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri
Wanita yang berjalan seperti ini
biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita
yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan
merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk
menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan
diuruskan.
3. Suka Menunduk
Wanita seperti ini katanya memiliki
sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang
rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar
untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti
ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya
menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini
kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati
lelaki yang dicintainya.
4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan
Mereka yang berjalan seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi
tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang
yang perpengalaman luas.
5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri
Wanita yang berjalan dengan gaya yang
sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang
berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu
sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan
memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka
ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan
dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.
6. Badan Nampak Tegak
Wanita ini tegas dalam menentukan
sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain.
Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia
bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi
lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.
7. Berjalan seperti Zirafah
Maksudnya, ketika melangkahkan kaki,
badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini
sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah
tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit
sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana
wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya
berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada
wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini
hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah
berlainan. Sekian. Wallahualam.
Tuesday, 5 March 2013
10 Perkara Yang Boleh Mengagalkan Misi Penyusuan Bayi
Assalamualaikum semua. Saya sering kali berhadapan dengan para ibu yang
mempunyai keinginan untuk menyusukan bayi mereka tetapi sekadar keinginan yang
tidak kemana. bak kata orang 'Umpana tin kosong'. Kenapa?Kenapa? Kenapa? Dalam
islam juga kita sering kali di ajar dengan betulkan niat, usaha, istiqamah,
tawakal & doa. betul tak? Kenapa kita tak adaptasikan konsep tersebut dalam
tindak tanduk seharian kita? Saya faham, kadangkadang situasi yang mendesak
tapi selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya adalah salah seorang ibu yang
sangat-sangat menyokong penyusuan susu ibu & saya sangat tersentuh jika
ibu-ibu kat luar sana yang telah berniat tetapi tak merealisasikannya.Harapan & doa saya ialah, jauhkan dari perkara seperti dibawah:-
1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN
sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda
sepenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang
anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah
anda akan mengalah.
2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.
3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.
4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.
5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.
6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.
7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.
8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.
9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.
10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.

Sunday, 24 February 2013
LaHiRKaN aNaK PiNTaR
Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intlektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.
Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sisitem saraf yang baik.
Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demama selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
Omega 3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul, atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega 3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.
Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbersaran yang sihat.Thursday, 14 February 2013
Cantik & Slim Cara Shaklee
Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...
Baru
teringat tak share lagi ngan korang pasal ''Set Slimming Shaklee" yang
korang dok tanya2 tu. So, ade kesempatan sket ni.. aku nak story kenapa
"Set Slimming Shaklee" ni bagus menjadi pendukung cita-cita korang tok slim dan bertambah malatopp!!
sesuai plak ngan budget korang sendiri. Amacam, nak terus usha??
Untuk
memudahkan kita tok capai berat yang ideal, ada beberapa perkara @ suplemen
yang kita perlu tahu dan fahami khasiat serta fungsinya. JOM.. kita ronda2.
1) DETOX
Sebelum memakan suplemen tok slimming,
kenalah buat detox lebih dulu. Detox sangat2lah diperlukan tok bersihkan
usus-usus kita daripada lemak (yang lama & baru.. hehe) toksin dan lendir
(yang degil sgt2 tuh). Semua tu akan dikeluarkan bila kite menjalankan proses
‘membuang’..hohohoo . So, bila usus kita dah bersih dan clear, barulah senang dan dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien nanti
kan!!
Jadi, kat Shaklee, suplemen yang mempunyai fungsi Detox adalah : Alfafa, Herb-Lax dan Fiber Plan
Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda cuma boleh mengambil Alfafa dan Fiber Plan sahaja ye. Herb-Lax pula sesuai bagi yang tidak ada komitmen dengan menyusui si manja. Oh ya! Satu lagi.. Bagi yang ada masalah sembelit, Herb-Lax sangat sesuai dengan anda. Kalau anda ok dan tiada masalah, Alfafa dan Fiber Plan adalah pilihan yang sesuai.
2) PROTEIN
Mengapa kita perlukan protein? Kerana protein ini antara tugasnya yang paling best adalah untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membakar kalori kita sehingga 35%!! HEBAT KAN??
Di Shaklee kami memberikan 2 cadangan sumber protein :
i) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh mengambil Energising Soy Protein (ESP) - * Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau consume secara istiqamahakan membuatkan kulit anda menjadi gebu.
ii) Bagi yang tidak menyusukan, kami mengesyorkan anda mengambil Cinch Shake Mix
3) PEMECAH / PENCAIR LEMAK
Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan
Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh
supaya mengguna lelemak di badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja,
minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka
yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat
badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam
Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengehadkan rasa
lapar seseorang.
Lecithin sangat penting ye kawan-kawan. Ini kerana fungsi utamanya ialah pemecah / pencair lemak. Apabila ia bertemu dengan lemak-lemak yang degil, ia akan memecahkan dan bergabung / bercampur dengan lemak-lemak itu seterusnya membawa lemak itu keluar dengan bantuan fiber.
Jadi, ini adalah suplemen utama yang dapat dikongsi dengan anda semua. TETAPI HARUS DIINGAT, jangan menganggap dengan memakan suplemen tapi anda masih lagi meneruskan diet dan cara pemakanan yang sama - keberkesanan itu mungkin akan berkurangan. Sama juga analoginya, anda ada kencing manis, doktor bagi anda ubat - anda makan dan tak pernah culas pulak tu. TAPI, anda still tak control makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Jadi, still ubat kencing manis tu tak berkesan. Betul kan?
Jadi, pastikan anda :
1) Kawal kalori pengambilan makanan anda (lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis)
2) Minum air dengan banyak 3-4 liter sehari (air akan memudahkan anda lawas,buang semua toksik dalam badan, dan mengurangkan kepekatan darah)
3) Berdisiplin dalam pengambilan suplemen di atas
4) Berdoa dan bertakawal kepada Allah
Secara RINGKASNYA.. Set Slimming Shaklee :
1) Untuk yang menyusukan anak
Alfafa/Fiber + ESP + Lecithin/Omega
2) Untuk yang tidak menyusukan anak
Herb-Lax/Fiber + Cinch + Lecithin/Omega

Tuesday, 12 February 2013
TaNGiSaN - CaRa BaYi BeRKoMuNiKaSi
Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu
yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi
ialah:
1) Lapar
- Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.
2) Basah
- Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.
3) Tidak Selesa Dengan Persekitaran
- Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.
4) Jatuh
- Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.
5) Kembung
- Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.
Kepada bapa-bapa sekalian, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)