Sunday, 24 February 2013

LaHiRKaN aNaK PiNTaR

Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intlektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sisitem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demama selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
 
Omega 3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul, atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega 3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
 
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting  dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbersaran yang sihat.


Thursday, 14 February 2013

Cantik & Slim Cara Shaklee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Baru teringat tak share lagi ngan korang pasal ''Set Slimming Shaklee" yang korang dok tanya2 tu. So, ade kesempatan sket ni.. aku nak story kenapa "Set Slimming Shaklee" ni bagus menjadi pendukung cita-cita korang  tok slim dan bertambah malatopp!! sesuai plak ngan budget korang sendiri. Amacam, nak terus usha??

Untuk memudahkan kita tok capai berat yang ideal, ada beberapa perkara @ suplemen yang kita perlu tahu dan fahami khasiat serta fungsinya. JOM.. kita ronda2.
  
      1) DETOX 

Sebelum  memakan suplemen tok slimming, kenalah buat detox lebih dulu. Detox sangat2lah diperlukan tok bersihkan usus-usus kita daripada lemak (yang lama & baru.. hehe) toksin dan lendir (yang degil sgt2 tuh). Semua tu akan dikeluarkan bila kite menjalankan proses ‘membuang’..hohohoo . So, bila usus kita dah bersih dan clear, barulah senang dan dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien nanti kan!!

Jadi, kat Shaklee, suplemen yang mempunyai fungsi Detox adalah : Alfafa, Herb-Lax dan Fiber Plan

Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda cuma boleh mengambil Alfafa dan Fiber Plan sahaja ye. Herb-Lax pula sesuai bagi yang tidak ada komitmen dengan menyusui si manja. Oh ya! Satu lagi.. Bagi yang ada masalah sembelit, Herb-Lax sangat sesuai dengan anda. Kalau anda ok dan tiada masalah, Alfafa dan Fiber Plan adalah pilihan yang sesuai.


2) PROTEIN

Mengapa kita perlukan protein? Kerana protein ini antara tugasnya yang paling best adalah untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membakar kalori kita sehingga 35%!! HEBAT KAN??

Di Shaklee kami memberikan 2 cadangan sumber protein : 

i) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh mengambil Energising Soy Protein  (ESP) - * Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau consume secara istiqamahakan membuatkan kulit anda menjadi gebu.
ii) Bagi yang tidak menyusukan, kami mengesyorkan anda mengambil Cinch Shake Mix


3) PEMECAH / PENCAIR LEMAK

Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh supaya mengguna lelemak di badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengehadkan rasa lapar seseorang.
 Lecithin sangat penting ye kawan-kawan. Ini kerana fungsi utamanya ialah pemecah / pencair lemak. Apabila ia bertemu dengan lemak-lemak yang degil, ia akan memecahkan dan bergabung / bercampur dengan lemak-lemak itu seterusnya membawa lemak itu keluar dengan bantuan fiber. 

Jadi, ini adalah suplemen utama yang dapat dikongsi dengan anda semua. TETAPI HARUS DIINGAT,  jangan menganggap dengan memakan suplemen tapi anda masih lagi meneruskan diet dan cara pemakanan yang sama - keberkesanan itu mungkin akan berkurangan. Sama juga analoginya, anda ada kencing manis, doktor bagi anda ubat - anda makan dan tak pernah culas pulak tu. TAPI, anda still tak control makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Jadi, still ubat kencing manis tu tak berkesan. Betul kan?

Jadi, pastikan anda :

1) Kawal kalori pengambilan makanan anda (lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis) 

2) Minum air dengan banyak 3-4 liter sehari (air akan memudahkan anda lawas,buang semua toksik dalam badan, dan mengurangkan kepekatan darah)

3) Berdisiplin dalam pengambilan suplemen di atas

4) Berdoa dan bertakawal kepada Allah

Secara RINGKASNYA.. Set Slimming Shaklee :

1) Untuk yang menyusukan anak
    Alfafa/Fiber + ESP + Lecithin/Omega
2) Untuk yang tidak menyusukan anak
    Herb-Lax/Fiber + Cinch + Lecithin/Omega
 

Tuesday, 12 February 2013

TaNGiSaN - CaRa BaYi BeRKoMuNiKaSi

Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

1) Lapar
- Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

2) Basah
- Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

3) Tidak Selesa Dengan Persekitaran
- Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

4) Jatuh
- Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

5) Kembung
- Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Kepada bapa-bapa sekalian, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya.

Sunday, 10 February 2013

10 'K' DaLaM PeRSaHaBaTan



1) KECINTAAN 

Merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.


2) KASIH SAYANG 

Lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


3) KEIKHLASAN 

Dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


4) KESETIAAN 

Terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.


5) KEBERANIAN 

Dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?


6) KEJUJURAN 

Juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.


7)KEMAAFAN. 

Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.


8) KESEDIHAN

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.


9) KEGEMBIRAAN

Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.


10) KESERASIAN 

Di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

(Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan.

aNaK MaMa NaK TiDuR..

Menurut pengkaji, seorang bayi yang LETIH/PENAT dan INGIN TIDUR akan menunjukkan tanda-tanda berikut:
-------------------------------------------------------------------
# Bayi akan menangis/mengeluarkan bunyi ‘OWH’.

# Mulut bayi berbentuk ‘O’ dan seperti menguap.

# Menggosok-gosok mata.

# Bibir mata bayi kemerah-merahan.


# Pergerakan bayi akan tersentak-sentak.

# Menarik telinga.

# Menggeliat.

# Menolak badannya ke atas.

# Menggaru-garu kepala.

10 Perkara Menarik Tentang Bayi Baru Lahir

1. Bayi mengenali ibu terlebih dahulu sebelum ayah. Bayi mengenali suara ibu dari dalam rahim dan dapat mengenali suara dan bau ibu sebaik lahir.

2. Bayi boleh melindungi diri sendiri daripada tercekik. Dikenali sebagai “protective reflex”, lidah bayi secara automatic akan menolak keluar objek asing untuk mengelakkan bayi dari tercekik.

3. Warna asal mata kebanyakan bayi yang baru lahir adalah biru dan warna ini akan berubah kemudian selepas beberapa minit lahir.

4. Bayi mengenali bau susu ibu. Anda mungkin menyedari bahawa sebaik anda mendekati bayi anda, dia akan meragam dan banyak kerenah. Ini kerana bayi anda mengenali bau susu dan dia tahu makanannya sudah sampai.

5. Bayi mula tersenyum pada usia 6-12 minggu.

6. Bayi menangis tidak mengalirkan air mata sehinga berusia 3-12 minggu.

7. Bayi dilahirkan mempunyai 300 tulang tetapi tulang-tulang ini akan bercantum kemudiannya membentuk 206 tulang sahaja seperti mana jumlah tulang orang dewasa.

8. Bayi dilahirkan tanpa tempurung lutut.

9. Bayi dilahirkan dengan keupayaan untuk berenang dan menahan nafas tetapi kelebihan ini akan hilang sepanjang tumbesarannya.

10. Di dalam 1 kajian, saintis di Norway membuat 1 penemuan mengejutkan apabila bayi yang baru dilahirkan dan diletak di atas perut ibunya, merangkak perlahan-lahan menuju ke payudara ibunya dan menyusu tanpa sebarang bantuan dari ibu.

TiPS aNaK SeLeRa MaKaN

1. Makan Sendiri
Dalam milestone anak-anak, kita perlu bagi anak-anak kita untuk mencuba makan dan suap sendiri kan.. jadi.. bagi mereka makan sendiri...walaupon menyuapkan mereka makan lagi cepat dan senang dan confirm byk makan...lagi satu.. kita malas nak tengok makanan sepah-sepah...tak apa. sabar.. kalau malas sepah2, letak surat kabar..lepas makan terus bungkus surat kabar terus buang. Tapi kita kena awasi juga takot anak-anak kita tercekik

2. Warna-Warni
Ape pulak le yg warna-warni.. ? color pensil ke? bukan bukan... apa sahaja la yang berwarna warni, dari pinggan mangkuk anak-anak, sudu, cawan dan sebagainya dan tak lupa juga makanan.. kerana ia boleh menarik minat anak-anak kita..Untuk makanan pula.. boleh campur dengan sayuran yang berwarna warni.. kena creative gak la

3. Lebih Kurang Sama
Bayi yang berumur 10 bulan ke bawah mempunyai makanannya sendiri. Jika dia makan semeja dengan ahli keluarga yang lain, pastikan warna makanannya sama seperti warna makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang lebih dewasa. Ini untuk mengelakkan dia keliru sehingga membantutkan selera makan. Tanggapan: dia tidak boleh makan apa yang orang lain boleh makan

4. Tukar Setiap hari
Tukar apa? tukar menu.. jenoh kan... kekeke.. anak saya pon kadang2 asyik makan makanan yang sama aje.. sebab kalau buat yang lain karang tak makan.. tapi ni lah hakikatnya.. ibu-ibu perlu sediakan makanan yang berbeza setiap hari.. kita pon boleh bosan kalau makan benda yang sama setiap hari.. inikan pula kanak-kanak.. sama je

5. Makan bersama anak
Jangan makan sorang-sorang atau berdua dengan suami je.. makan sekali dengan anak-anak so that kita leh bantu die habiskan makanan dan bagi galakan dan dorongan kepada anak-anak

6. Hanya Ketika Lapar
Bagi anak makan hanya ketika dia betul-betul lapar. Macam kita kalau kenyang, mesti macam tak nak makan sangat sebab perut dah penuh, sama seperti anak-anak kita

7. Mudah dipegang
Bagi anak-anak yang masih kecik. bagi makanan jejari, sebagai contoh carrot yang dipotong panjang2, kacang, brocoli atau sebagainye...dan ini akan mendorong anak gemar menyuap sendiri

8. Beri Pujian
Setiap kali anak-anak habis makan, jangan lupa bagi pujian..contoh.. tepuk tangan.. cakap PANDAINYE MAKAN.... dan sebagainya..anak-anak selalunya suka kalau kita bagi pujian.. mcm kita juga kan...

MaKaNaN KeGeMaRaN RASULULLAH s.a.w

1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.

2. Kurma – Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.

3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.

4. Anggur – Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut

5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.

6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi perwatakkan dan wajahnya.

7. Susu – Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan. Menguatkan belakang,memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.

8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.

9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.

10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.

11. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.

“Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat.” ~Wallahullam

HiDuP SeLePaS aDa aNaK...

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding anak kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

KeNaPa BaYi TaK BoLeH MaKaN SeBeLuM CuKuP 6 BuLaN!!


Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal.

Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.

WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.

Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
Anggapan bahawa bayi lapar.
Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.

1. SISTEM PENGHADAMAN YANG BELUM MATANG

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.

Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).

Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. MASALAH KESIHATAN JANGKA MASA PANJANG

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?

Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.

Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?

3. MASALAH DALAM PENYUSUAN

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.

Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi laki-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.

Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.

Sayangilah masa depan anak-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya

iNDaHNYa ISLAM

TIDUR ADALAH IBADAH

Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah bahawa Nabi telah bersabda: "Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri."

Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda' yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: "Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya." Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: "Benarlah Salman." (Bukhari)

Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
"Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur." (Bukhari-Muslim)

Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.

Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.

Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya."

Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."

Wallahua'lam.

aMaLaN KetiKa MeNGaNDuNG

Tips yang boleh diamalkan sepanjang tempoh mengandung:::

1. Selalulah beri salam kepada bayi di dalam kandungan.

2. Panggilnya dengan gelaran “anak umi”, “anak mama” dan sebagainya.

3. Kejutkan dia ketika ingin beribadah; solat, dengar kuliah, baca alquran dan sebagainya. Banyak berkomunikasi dan mengajak buat kebaikan seperti, “anak umi bangun, jom kita baca alquran”.

4. Didiklah anak ketika dalam kandungan lagi.

5. Ajak bayi kita mendoakan ibunya.

6. Jika terlihat perkara mungkar, kejutkan bayi dan bersama-sama doa mohon perlindungan Allah s.w.t.

WaNiTa Oh WaNiTa!!

10 FAKTA MENAKJUBKAN TENTANG WANITA
********************************
1. Kajian oleh Universiti Illinois mengatakan wanita lebih penyayang dan setia berbanding lelaki. Rasulullah S.A.W bersabda, “Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa orang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Lelaki hanya mampu menahan kesakitan sehigga 47 Del tetapi wanita mampu menahan kesakitan sehigga 57 Del ketika sakit bersalin. Itu bersamaan 20 tulang dipatahkan serentak. Khas untuk lelaki, hargailah ibu dan isteri anda ♥

3. Wanita suka menangis tetapi bukan tanda mereka lemah. Wanita menangis untuk mencari dan mendapatkan kembali kekuatan diri.

4. Wanita suka ‘shopping’ sebab itu sahajalah masa di mana mereka rasa dapat mengawal keadaan mengikut kehendak mereka.

5. Mengikut kajian, dalam keadaan stress atau situasi tidak terkawal, lelaki cenderung untuk mengelak tetapi wanita cenderung memilih untuk menyelesaikannya.

6. Kajian menunjukkan memori wanita lebih kuat berbanding lelaki terutama perkara yang berkaitan dengan emosi. Sebab itu wanita lebih sensitif.

7. Naluri wanita lebih kuat dari lelaki. Ibu lebih bersikap melindungi dan tahu secara semulajadi bila situasi merbahaya untuk anak sedangkan bapa perlu berfikir sejenak sebelum sedar akan bahaya.

8. Rasulullah S.A.W bersabda, “ Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.”

9. Wanita yang menyusui anaknya akan diberi satu kebajikan bagi setiap teguk susunya.

10. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu ♥

PeTua MeLaYu LaMa - MuDaH BeRSaLiN

PETUA MELAYU LAMA UNTUK MEMUDAHKAN BERSALIN

1. amalkan minum air lebihan suami
2. amalkan meminum air basuhan rambut/hujungnya ketika mandi
3. amalkan makan buah kurma sepanjang tempuh kehamilan. ia membantu memberi tenaga, sumber kalsium dan melembutkan otot rahim dan memudahkan laluan bayi, selain turut berperanan memperhaluskan nurani bayi.
4. minum air kelapa di hujung kehamilan membantu membersihkan bayi.
5. amalkan makan telur mentah di hujung kehamilan.
6. kerap makan sayur bendi bagi memudahkan laluan bayi.
7. minum sesudu camca teh minyak kelapa buatan sendiri sejak usia kandungan 6 bulan. amalkan seminggu 3 kali dan apabila sudah berumur 9 bulan amalkan ia setiap hari.

ISTeRi MeNGaNDuNG - aPa TuGaS SUAMI???

PERANAN SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

1. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT.

2. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

3. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

4. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

5. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

6. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

7. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

8. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.

9. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

10. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

11. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

12. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A’raf ayat 189 dan ayat Kursi.

ADAB SUAMI KETIKA ISTERI MENGANDUNG

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

1.Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

2.Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

3.Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

4.Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

5.Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin” maksudnya “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

6. Suami hedaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.

♥ Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah yang menjaga hati para isteri ♥

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.
Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.

* Korbankan ego dan nafsu anda seketika wahai suami-suami. Layan la isteri anda seelok-elok nya ketika dia mengandung kerana dia sedang mengandungkan zuriat anda, waris anda. Saya kagum dengan suami yang beralah/mengalah dengan isteri ketika isterinya mengandung. Sweetnya kalau si suami empaty dengan isteri...bukan sekadar simpati.

* Ketika isteri sedang sarat/sedang berpantang, jangan la anda pula si suami menggatal dengan perempuan lain. Jagala emosi dan hati isteri anda. Dia bergadai nyawa melahirkan zuriat anda kemudian menjaganya siang malam. Makan/tidur terganggu sedangkan anda pula berseronok di luar dengan perempuan lain. Keluar makan, menonton wayang, shopping dll. Tidakkah anda si suami terfikir duit yang anda keluarkan untuk berfoya-foya itu adalah lebih baik di laburkan untuk anak-anak.

WaNiTa.. Kau TeRiStiMeWa!!

Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sepasang bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dijadikan juga bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang terlena.

Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan. Kenapa ? Kerana mereka yakin akan sebuah harapan.

Diciptakan mereka begitu sabar menghadapi kesakitan tatkala zuriat perkongsiannya dengan suami ingin dilahirkan. Tidak ditakdirkan si suami yang harus menanggung perit seksa melahirkan kerana mereka tidak mampu bahkan tidak akan mampu untuk menghadapi saat getir itu.

Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya. Walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal apa itu erti penat dan lelah. Dan adakalanya, mereka terpaksa menahan kesakitan yang ditanggung badan akibat kelesuan namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.

Cinta yang diberikan kepada putera & puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali. Walau kadangkala dia disakiti dan tidak dipeduli.. Namun, setiap saat dan keadaannya, ruang waktu bersama mereka begitu beerti. Dia tidak pernah sakit hati walaupun hatinya sering kali dilukai.

Wanita dijadikan sebagai pemangkin semangat dan kekuatan untuk membimbing suami. Ketika suami ceria dialah suaranya. Ketika suami sedih dialah air matanya. Di samping kegembiraan itu, akan dipagarinya dengan nasihat agar suami tidak hilang pertimbangan. Di sebalik kedukaan itu pula, akan ditiupkannya dengan alunan semboyan ketabahan agar suami tidak terbalik lantas tumbang. Sesuailah dengan asal kejadiannya yang dicipta dari tulang rusuk lelaki. Sentiasa melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan terbuku rapi.

Tahukah kita, bahawa satu kelebihan yang Allah anugerahkan pada wanita yang tidak ada pada lelaki ialah mereka mudah mengalirkan air mata. Air mata mereka bukanlah untuk menyatakan bahawa mereka adalah golongan yang lemah.. Sebaliknya air mata itu adalah titisan-titisan air yang memberi kekuatan kepada mereka untuk meneruskan sisa-sisa usia sebuah kehidupan. Dengannya, ia meluahkan segala rasa yang terpendam di dadanya. Bebanan kehidupan dan permasalahan yang dihadapinya. Andai suatu hari nanti dunia bergoncang.. Ketahuilah bahawa ia adalah hasil dari tangan seorang wanita yang memperoleh kekuatan kesan dari titisan air mata.

Doa seorang wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w akan hal tersebut, Baginda menjawab dengan sabdanya :-

“ Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia ” (al-Hadith)

Oleh kerana itu, wahai kaum Adam, janganlah kau siakan mereka yang bernama wanita. Ingatlah, dirimu juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita. Jika kau melukai hati wanita, samalah halnya kau melukai hati ibumu.

aPa YaNG BaYi oMeLKaN Ni?? MaMa Tak FaHaMLah


Dear mommies...sedikit sharing mengenai bahasa baby kita...saya percaya mesti mommies semua pernah terdengar baby anda semua menyebut: neh, owh, eh, eirh dan heh kan? Tapi tahukah anda, melalui kajian yg telah dilakukan oleh Priscilla Dunstan mengesahkan bahawa bayi di seluruh dunia menghasilkan bunyi yg sama dan bersifat universal. "Bunyi-bunyi" ini terhasil akibat tindakan refleks dan sekaligus jika diamati dan difahami dengan betul boleh membawa kepada maksud-maksud tertentu. (Dunstan Baby Language)

Jom kita belajar bahasa baby kita ya:

1. Neh -- Lapar (I'm Hungry)
Terhasil dari “sucking” refleks

Tip: Tumpukan pada bunyi “N” yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.

2. Heh -- Ketidakselesaan (I'm experienceing Discomfort)
Terhasil akibat refleks pada kulit.

Tip: Dengarkan bunyi “H” yang jelas seperti dihembus atautercungap-cungap.

3. Eirh -- Kembung perut (I have lower gas)
Terhasil akibat tekanan abdomen perut

Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan

4. Owh -- Mengantuk (I'm Sleepy)
Terhasil dari refleks menguap.

Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk “O” ketika membuat bunyi ini.

5. Eh -- Ingin Sendawa (Need to Burp)
Terhasil dari pengecutan otot dada

Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata.

www. dunstanbaby.com

Dengarlah bahasa bayi anda dan fahamilah gerak geri mereka...seungguhnya anda adalah yg paling dekat dengan mereka. Berinteraksi dan berkomunikasilah dgn baby anda:) Jangan biarkan baby menangis terlalu lama kerana ia mungkin akan membawa kepada keadaan yg tidak diingini. Listen to ur baby! And everything will be simple and less complicated...Enjoy moments with ur baby yea
 
Dear Diary Blogger Template