Sunday, 13 January 2013

Ohh.. ESP. Aku Cinta Padamu


 Membekalkan tenaga berkekalan dengan protein berasakan tumbuhan yang berkualiti tinggi.

Merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.
* Tumbuhan berprotein yang berkualiti tinggi dengan kandungan 14 gram protein soya sihat dan 500  mg kalsium bagi setiap hidangan.
* Membantu mengekalkan kepejalan otot
* Glisemik rendah yang dapat membantu mengekalkan gula dalam darah yang normal.
* Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Tak PAHAM?? skema sangat kan..
tambah ilmu lagik.. TAPI dengan cara yang lebih santai

Zaman sekarang macam2 ilmu yang kite bleh dapat dengan senang kan?... sumenye di hujung jari. So, nak tanya.. ada x sesiapa yang tahu pasal asid amino?? kalau rasa-rasa korang tak tau atau tak berapa nak pasti.. kat sini ade serba sedikit pengetahuan berkenaan asid amino.. 

Protein terdiri dari 20 jenis asid amino yg setiap satu akan hasilkan jenis protein yang berbeza ikut keperluan protein dan enzim yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Ada asid amino yang dapat dihasilkan dan tidak dapat dihasilkan oleh tubuh kita.  

Protein diperlukan oleh tubuh kerana ia merupakan bahan utama dlm pembentukan pelbagai organ & tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusi. Ia juga merangsang fungsi psikologi. 

Kekurangan protein akan menyebabkan sistem imun tubuh badan akan menjadi lemah untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yg tinggi dlm badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, membantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan kegagalan fungsi organ badan yang akhirnya akan menyebabkan kematian..


BomM.. BoMM...KebaBBOoMM!!!!!
Panas.. panas. macam goreng pisang panas wehh.. makin lama makin tak senang orang kalau tak dapat stok setiap bulan kan.. Hahaha... inilah story nye.. kali ni nak cite pasal Soy Energizing Protein atau lebih dikenali sebagai ESP... produk ni merupakan produk kesayangan ramai dan ramai yang telah mengambil ESP ni sebagai kawan baiikkk mereka kerana keistimewaan yang terdapat pada ESP ni sendiri.

ESP memiliki kualiti protein yang tinggi yang pernah dihasilkan. kacang soya yang digunakan oleh shaklee hanya mengandungi 'non GMO' (non Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. untuk pengetahuan semua, setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya yang dapat memberikan sumber tenaga segera dan boleh tahan lama. wow banyak beb 30kg tu mana ada produk yang guna kacang soya sebanyak tu...

ia merupakan SATU-SATUNYA PRODUK di pasaran yang menjamin penyediaan 9 ASID AMINO penting yang x dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri. ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. sangat sesuai untuk semua peringkat umur dan ia juga sangat sesuai kepada PENGHIDAP KENCING MANIS kerana kandungan Indeks Glisemilk (GI) yang rendah iaitu 39.

satu hidangan bersamaan dengan 2x ganda daging, 4x ganda telur, 12x ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Antara Manfaat ESP ni..

AWET MUDA
  • asid amino penting utk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland. pengambilan yg kerap akan menampakkan kita kelihatan awet muda
BAIK UNTUK HORMON
  • kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yg kaya dengan isoflovones yang berfungsi sama dengan hormon wanita. ia membantu merendahkan paras KOLESTROL, mencegah risiko OSTEOPOROSIS dan SAKIT JANTUNG.
BAIK UNTUK PROSTAT
  • Genistein yg terkandung dalam kacang soya terbukti berkeupayaan utk mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum menukarkan sel DNA kepada sel kanser. ia juga sangat baik dalam pemulihan UTERUS, OVARI, MENOPOUS dan PEMBESARAN PROSTAT
KULIT REMAJA
  • merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut
PEMBEKAL TENAGA
  • membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan 
MEMBAIKI PIGMENTASI
  • membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua
MEMBAIKI MEMORI
  • meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
Dan Lagi...

 Dan Lagiii...







siapa plak yang sesuai untuk mengambil dan mengamalkan ESP ni ye?? 




Boleh guna seisi keluarga ke??
Boleh, boleh sangat2.. tgk nih plak
  • Kerana ia mengandungi 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh badan
  • Merupakan sumber protein lengkap untuk menyokong kesihatan sempurna
  • Setiap hidangan membekalkan 50% daripada keperluan kalsium harian untuk menyokong tulang yang sihat
  • Hidangan yang serba lengkap - sumber protein dan lain-lain khasiat utama yang ideal
  • Bertindak dengan kadar segera dan terus menyerap ke dalam darah
  • Mengandungi fistroestrogen untuk kesihatan prostat, payudara dan menopaus
  • Indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah yang optimum
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet
  • Tiada kolesterol dan laktosa
  • Versatile ~ boleh dicampur dengan sebarang minuman kecuali kopi dan tea
  • Mengandungi fitoestrogen untuk kesihatan

ha banyak kot kebaikan yang anda semua boleh dapat dari ESP ni so jangan segan2 ye anda boleh terus call/sms saya di nombor 017-3390670 dan jangan lupe add FB saya di Nor Rizqan Aizni Ramlan untuk mendapatkan harga yang berpatutan dari saya ye...



Kenapa Ramai Yang Sukakan ESP dan Menjadi Hot Produk Kami?
Tak cukup yang bergambar.. nahh ni yang bertulis plak..
  • ESP menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri
  • ESP memberi tenaga, badan semakin sihat dan kurang letih
  • Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, ESP sangat-sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat dan banyak
  • ESP juga membantu menghaslkan susu yang lebih pekat dan berkrim, kesannya bayi anda akan cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bagi ibu-ibu mengandung, ESP membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu di tahap optimum
  • Berkesan dalam menganjalkan kulit, dan sangat digemari oleh kaum wanita bagi menganjalkan kembali payudara yang kendur
  • Cepat kenyang dan membantu dalam pegurusan berat badan.
  • Berupaya menghilangkan parut jerawat di muka, kerana terjadinya parut akibat kekurangan protein unuk membentuk sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati.

Testimoni

(1 ) Seorang ibu kembar yang menetap di Bangi memberitahu, selepas mengambil ESP kali kedua, beliau mendapati susunya bengkak dan anaknya minum sedikit dan terus lena.
(2) Kulit semakin cerah, bekas jerawat mudah hilang, akar rambut lebih kuat, susu bertambah banyak dan lebih pekat, kuku lebih sihat, mudah kenyang dan lebih bertenaga. (credit to N)

(3)


 (4)



 Kenapa Protein Shaklee?
  • Sesetengah protein soya diproses menggunakan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon, tetapi juga boleh membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. ESP dicuci dengan air untuk membekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal bagi memastikan anda mendapat keseluruhan manfaat soya.
  • Shaklee menggunakan Protein Soya Bukan-GMO 

banyak betul manfaat yang boleh kite dapat dari ESP ni kan?? so ape tunggu lagi....

Call/sms je di nombor  017-3390670 dan jangan lupa add saya di FB Nor Rizqan Aizni Ramlan untuk mendapatkan harga yang berpatutan dan istimewa ok...
Pastikan korang tak terlepas konsultasi percuma dan diskaun hebat yang sedang berlansung. Pastikan korang dapatkan tips dan cara pengambilan supplemen yang betul bagi mendapatkan hasil terbaik..

Saturday, 5 January 2013

PERMULAAN & PENGAKHIRAN

♥ ~ Hari ini mungkin dia TIDAK BERTUDUNG, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS MENUTUP AURATNYA..
♥ ~ Hari ini mungkin dia seorang yang KAKI MENGUMPAT DAN MENCELA, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING LEMBUT BICARANYA..
♥ ~ Hari ini mungkin dia seorang yang INGKAR kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang PALING ISTIQAMAH melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang LENA..

p/s : Kita TIDAK PERNAH TAHU danTIDAK AKAN TAHU..tugas kita bukan me'NERAKA'kan orang..tetapi, MENGAJAK MANUSIA ke jalanNya dan SALING MENDOAKAN..maka, JANGAN HINA permulaan seseorang kerana kita TIDAK TAHU bagaimana PENGAKHIRANNYA..mungkin akan lebih baik dari apa yang kita SANGKAKAN ♥♥ :)

Saturday, 8 December 2012

KETIKA BERWUDUK..


Ketika Ambil Wuduk niatkanlah dalam hati

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,

"Ya Allah, berikanlah hisab-hisabku di tangan kananku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisabku di tangan kiriku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, lindunglah daku dari terik matahari di Padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, ampunilah dosa telingaku ini".

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
"Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

Sunday, 2 December 2012

REZEKI SUSAH NAK MASUK


1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira-kira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira-kira untuk memba
ntu memudahkan hal yang baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh

Nota: Rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang, tapi kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.

Ada juga yang berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tapi ketahuilah itu nikmat yg paling azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.

WAHAI ANAKKU...

Wahai anakku,
Janganlah engkau gopoh gapah semasa mendirikan solat, kerana dihadapanmu adalah Tuhanmu, bukan temanmu. Engkau sedang berbicara dengan Allah Yang Maha Agung, tentulah tidak layak engkau bersikap demikian.

Wahai anakku,
Jangan engkau hanya fikir untuk selesai solatmu, tanpa engkau memikirkan Tuhanmu menerima atau menolak solah itu. Jangan sesekali engkau hanya mengira soal sah dan batal, tanpa engkau mengira soal ianya diterima atau ditolak.

Wahai anakku,
Kalau engkau kasih dan cinta kepada Tuhanmu, tentulah engkau akan lama bersamanya dalam solat, doa, munajat dan zikirmu. Kalau engkau merasai tiada manusia sanggup gopoh gapah dihadapan seorang raja, kerana menghormatinya atau memuliakannya; betapa pula engkau bila mana berhadapan dengan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Ketahuilah bahawa solat adalah amalan pertama dihitung di akhirat. Apakah perasaanmu kalau engkau melihat solatmu yang tidak memelihara tertib dan adabnya, tentulah engkau akan merasa malu dan aib dihadapanNya. Engkau sendiri pun akan mencemuh amalan sambil lewamu. Kerana itu bezakanlah ketika mana kamu berdiri dihadapan manusia dengan saat kamu berdiri dihadapan Tuhanmu.

Wahai anakku,
Lakukanlah dengan sebaiknya, kerana solat mampu mencegah perbuatan keji dan mungkar. Ia adalah perisai. Ia adalah tunjang kekuatan. Lakukan dengan tenang, nescaya kamu akan merasai kemanisan ibadahmu.

Wahai anakku,
Saat paling hampir manusia dengan Tuhannya ialah waktu sujud. Maka ambil kesempatan untuk memohon apa yang kamu inginkan. Lamakan sedikit saat sujudmu, engkau akan merasai kemanisannya.

Wahai anankku,
Disaat engkau sujud iblis menangis dan akan lari darimu. iblis engan sujud menyebabkan ia jadi kafir dan durhaka kepada Tuhannya. Kerana itu wahai anakku. Sempurnakan sujudmu dan sedari bahawa kamu sedang sujud kepada Allah yang Maha Agong. Pohonlah keampunan dan kasih sayang Allah di saat itu, nescaya Allah akan memeliharamu diwaktu tiada manusia mampu memeliharamu. Kamu tidak akan berdukacita, di saata mana manusia yang durhaka berdukacita.

Semoga Allah menerima amalan kita, kerana ia tanda ketaatan kita kepadaNya. Ya Allah, terimalah amalan yang sedikit ini, dan terimalah amalan yang tidak sempurna ini, dan ampuni kami atas kecuaian kami selama ini. Amin.

Senyum selalu "......

-- MANFAAT WUDUK UNTUK KESIHATAN --

Ibadah wudhu' nampak simple dan mudah dilakukan. Kerana itu, banyak umat Islam yang memandangnya biasa-biasa saja. padahal, bila wudhu' tak dikerjakan dengan sempurna, solatnya pun tak diterima. (HR. Bukhari N.o 135 dan Muslim No. 224-225)
Walaupun sederhana, manfaatnya besar. itulah yang dibuktikan oleh para ahli kesihatan dunia. Salah satunya adalah Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater sekaligus neurolog kebangsaan Austria. Beliau menemukan sesuatu yang menakjubkan dalam wudhu' kerana mampu merangsang pusat saraf dalam tubuh manusia. Kerana keselarasan air dengan wudhu' dan titik-titik saraf, kondisi tubuh senantiasa akan sihat. Dari sinilah ia akhirnya memeluk Islam dan mengganti namanya menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama fikih juga menjelaskan hikmah wudhu' sebagai bagian dari upaya untuk memelihara kebersihan fisik dan rohani. Daerah yang dibasuh dalam air wudhu' seperti tangan, daerah muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing, termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau daerah itu yang harus dibasuh.

Mokhtar Salem dalam bukunya Prayers a Sport for the Body and Soul menjelaskan, wudhu' boleh mencegah kanser kulit. Jenis kanser ini lebih banyak disebabkan oleh bahan-bahan kimia yang setiap hari menempel dan terserap oleh kulit. Kemudian, apabila dibersihkan dengan air (terutama saat wudhu'), bahan kimia itu akan larut. Selain itu, jelasnya, wudhu' juga menyebabkan seseorang menjadi tampak lebih muda.

Berbagai penelitian ilmiah telah membuktikan bahwa munculnya penyakit kulit disebabkan oleh rendahnya kebersihan kulit. Kerana itu, orang yang memiliki aktiviti padat (terutama aktiviti luar ) disarankan untuk sekerap mungkin membasuh atau mencuci anggota badannya yang terbuka, seperti kepala, muka, telinga, hidung, tangan, dan kaki.

Sebab, penyakit kulit umumnya sering menyerang permukaan kulit yang terbuka dan jarang dibersihkan, seperti di celah-celah jari tangan, kaki, leher, belakang telinga, dan lainnya. Kerana itu, Mochtar Salem memberi cadangan agar anggota tubuh yang terbuka sentiasa dibasuh atau dibersihkan dengan menggunakan air.

Rasul SAW menyatakan, wajah orang yang berwudhu' itu akan sentiasa bercahaya. Rasulullah akan mengenalinya nanti pada hari kiamat kerana bekas wudhu'. "Umatku nanti kelak pada hari kiamat bercahaya muka dan kakinya kerana bekas wudhu'."

Muhammad Kamil Abd Al-Shomad, yang mengutip sumber dari Al-I'jaz Al-Ilmiy fi Al-Islam wa Al-Sunnah AlNabawiyah, menjelaskan bahawa manfaat semua hal yang diperintahkan dalam wudhu' sangatlah besar bagi tubuh manusia. Mulai dari membasuh tangan dan celah-celah jari, berkumur-kumur, memasukkan air ke dalam lubang hidung, membasuh muka, membasuh kedua tangan sampai siku, mengusap kepala, membasuh telinga, hingga membasuh kaki.

Buya Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) dalam bukunya Lentera Hidup menuliskan keutamaan wudhu'. "Sekurang-kurangnya lima kali dalam sehari semalam setiap Muslim diperintahkan untuk berwudhu' dan mengerjakan solat. Meskipun wudhu' belum batal, disunahkan pula memperbaruinya. Oleh ahli tasawuf, diterangkan pula hikmah wudhu' itu. Mencuci muka ertinya mencuci mata, hidung, mulut, dan lidah kalau-kalau tadinya berbuat dosa ketika melihat, berkata, dan makan.

Mencuci tangan dengan air dalam hati dirasa seakan-akan membasuh tangan yang terlanjur berbuat salah. Membasuh kaki dan lain-lain demikian pula. Mereka memperbuat hikmat-hikmat itu meskipun dalam hadis dan dalil tidak ditemukan.

Tujuannya adalah supaya manusia jangan membersihkan lahirnya saja, sementara batinnya masih tetap kotor. Hati yang masih tamak, haloba, dan rakus walaupun sudah berwudhu'. Maka wudhu'nya lima kali sehari semalam itu bererti tidak berbekas dan tidak diterima oleh Allah SWT, dan solatnya pun tidak akan mampu menjauhkan dirinya dari perbuatan fakhsya' (keji) dan mungkar (dibenci)."

Buya Hamka menambahkan, wudhu' itu dapat menyihatkan badan. "Bukanlah kita hidup ini untuk mencari pujian dan bukan pula supaya kita paling atas di dalam segala hal. Meskipun itu tidak kita cari, kalau kita sentiasa menjaga kebersihan, kita akan dihormati orang juga."

Mencegah penyakit. Bila kita mencermati dan mempelajari sejarah hidup Rasulullah SAW, seperti yang diungkapkan Muhammad Husein Haykal dalam bukunya Hayatu Muhammad, sepanjang hidupnya Rasulullah SAW tak pernah menderita penyakit, kecuali saat sakaratul maut hingga wafatnya. Hal ini menunjukkan bahwa wudhu' dengan cara yang benar niscaya dapat mencegah berbagai macam penyakit.

Menurut sejumlah penelitian, berwudhu' itu dapat menghilangkan berbagai macam penyakit. Misalnya, penyakit kanser, selsema, pilek, asam urat, rematik, sakit kepala, telinga, pegal, linu, mata, sakit gigi, dan sebagainya.

Dalam penelitian yang dilakukan Muhammad Salim tentang manfaat wudhu' untuk kesihatan, terungkap bahawa berwudhu' dengan cara yang baik dan benar akan mencegah seseorang dari segala penyakit. Dalam penelitiannya itu, Muhammad Salim juga menganalisis masalah kesihatan hidung dari orang-orang yang tidak berwudhu' dan yang berwudhu' secara teratur selama lima kali dalam sehari untuk mendirikan solat.

Salim mengambil zat dalam hidung pada selaput lendir dan mengamati beberapa jenis kumannya. Pekerjaan ini lakukannya selama berbulan-bulan. Berdasarkan analisisnya, lubang hidung orang-orang yang tidak berwudhu' memudar dan berminyak, terdapat kotoran dan debu pada bahagian dalam hidung, serta permukaannya tampak lengket dan berwarna gelap.

Adapun orang-orang yang teratur dalam berwudhu, ungkap Salim, permukaan rongga hidungnya tampak cemerlang, bersih, dan tidak berdebu. "Sesungguhnya, cara berwudhu yang baik adalah dimulai dengan membasuh tangan, berkumur-kumur, lalu mengambil air dan menghirupnya ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya. Langkah ini hendaknya dilakukan sebanyak tiga kali secara bergantian," kata Salim.

Dari penelitiannya ini pula, Muhammad Salim berhasil meraih gelar master dari Fakultas Kedokteran Universitas Iskandariyah, Kairo, Mesir. Jauh sebelum adanya penelitian ini, Rasul SAW pernah bersabda, "Sempurnakan wudhu', lakukan istinsyaq (memasukkan air ke hidung), kecuali jika kamu berpuasa."
Copy dr bhs Indonesia. dpt ubah sikit2 je. takut lari maksudnya....

REDHA...

Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka "..... :)
 
Dear Diary Blogger Template