Monday, 4 February 2013

Selsema - Info Am yg WAJIB anda Tahu

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:

Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema tidak membantu bayi anda merawat selsema dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

PENAWAR:

1. Sup tulang atau bone broth atau sup ayam sebagai penawar (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber protein i.e ayam) :
Cara masak : Rebusan tulang (rebus tulang with lots of onions, garlic sedikit halia dan bay leave) put in carrots, leaks and celery.

Note from Farah Rahim (kes anak tak mahu makan semasa sakit disebabkan virus)

Nak lawan virus kena lawan dengan protein. Virus "hirup" protein dr badan anak so dia kena makan high protein food. But the problem is selera tak ada, and body tak boleh nak digest food lebih2 so the highest protein in the form of liquid is bone broth. Dia hirup sup sahaja pun dah kira ok dah sebab semua dah meresap dalam stock tu. Give anak fresh juices as well. From food high in vitamin C like guava...papaya...also try and get some probiotics if u can. VCO pun bagus and body needs protein to produce white blood cells (antibody)

2. BAWANG PUTIH :
Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak (Rujuk photo penawar semulajadi cara membuat minyak bawang putih).

3. GARLIC SOCKS :
Juga boleh gunakan petua Garlic socks :
Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs.Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

4. KUNYIT
Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

5. PENAWAR LAIN MELALUI CARA MENGENAL KAHAK:
Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)
Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu,buah delima atau habbatussauda.
Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1
*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. iatkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)
*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)
Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

Terapi untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :
http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujuk https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

Info natural remedies lain : http://www.nourishingmeals.com/2012/11/natural-home-remedies-for-cold-and-flu.html?m=1

ALAHAN:

Kahak yang melekat

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.
“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).
Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

Jika anak sering selsema pada waktu pagi, ia disebabkan alah pada suhu sejuk pagi atau habuk di permukaan tilam atau sekelilingnya (alergi). Selsema juga boleh berlaku jika elergi pada makanan yang di makan this is more to resdung or sinus. Jadi anda perlu elakkan anak anda daripada masalah ini.

Set Kehamilan Lengkap Tentunya Dari Shaklee


بسم الله الرحمن الرحيم



Beberapa hari ni, aku terima beberapa khabar gumbira dari beberapa orang rakan & teman. Wahh.. seronok benar bler dapat tau, masing2 tengah bawak orang (mengandung). Xcited!!. yang kedua, ketiga pon seronok tak terkata.. apa lagi yang baru dapat yang pertama. Rasa nak canang satu donia.. hohoho..

Hurmm.. sempena perkongsian dan  perkhabaran gumbira tu.. kat sini aku nak share sket tentang Set Hamil dari Shaklee yang korang nak tau sangat2 tu.. Mempersembahkan..teman-teman setia yang bakal menemani hari-hari korang...  jeng jeng jeng.. (hihi.. gimik poyo)

PERTAMA
OsteMatrix(calcium magnesium) 

Mama-mama yang tengah bawak baby sekarang ni memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ni mengandungi kalsium, magnesium dan jugak vitamin D. Kiranya 3 in 1 la..Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Apa plak fungsi kalsium, magnesium dan Vit. D ni?? Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium tersangatlah sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding bagi ibu yang hanya bergantung dengan produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.Sekiranya ibu mengandung kekurangkan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.

KEDUA
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein sangat-sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, uterus, penghasilan susu dan untuk membantu aliran darah ibu yang bertambah. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



KETIGA
Omega 3 (Omega Guard) 

Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega nie penting untuk pembentukan otak dan mata baby. Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan



KEEMPAT
Vitamin B Compleks
B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya ‘spina bifida’. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.



KELIMA
Vitamin C
Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu dalam penghadaman zat di samping Vitamin C meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Mampukah kita nak makan 7 biji oren sehari? Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.


KEENAM
Vita-Lea Iron Formula -1 biji sehari
Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. Anemia ini berbahaya kepada anak dan ibu ketika bersalin kelak. Oleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.

untuk memudahkan kawan-kawan, kami telah menyediakan set untuk preggy momma yang terdiri daripada :

SET 1- utk 1st trimester 
  • 30′s Multivitamin (LENGKAP DGN IRON)
  • 30′s B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC)
  • 30′s vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
  • ESP
  •  
SET 2 – utk 2nd & 3rd trimester 
  • 30′s Multivitamin (LENGKAP DGN IRON) ,
  • 30′s B complex (LENGKAP DENGAN ACID FOLIC),
  • 30′s vitamin C
  • 1 bottle of calcium (120 caplets)
  • 30′s capsule OMEGA GUARD (MINYAK IKAN, DHA)
  • ESP
  •  
So,,, Ibu-ibu dan bakal-bakal ibu, selamat datang ke dunia sihat Shaklee. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal, tak kan boleh tinggal gamaknye.. lalalala..

Berminat??
Call / Sms : Riz - 017-3370670
 

Wednesday, 30 January 2013

Apa jadi pada tubuh lepas BERSALIN??? Fakta @ Auta


Badan kita mengalami pelbagai perubahan, masa mengandung dan jugak lepas bersalin kan. Nak tau apa citer menarik tentang tubuh badan kita lepas bersalin??
 
PERTAMA
Berat badan berkurangan 4-5 kg sejurus selepas bersalin?? BENAR. 
Sejurus lepas bersalin, kita kehilangan berat sebanyak 4-5 kg kerana bayi punya berat 2-4kg dah selamat kita keluarkan ('Ainnul jek dah 3.28 kg). Di samping tu, darah ngan cecair amniotik jugak akan keluar sama masa kita bersalin. Dalam masa seminggu jek, kita akan kehilangan 1-2 kg lagi cecair yang sebabkan kita sembab masa trimester terakhir masa mengandung.

Nak kembali lansing atau sekurang2nya kembali ke berat asal sebelum bersalin, kenalah bg masa pada tubuh. Buat secara berperingkat dan bukannya mendadak nak kurus terus wehh.. Kena bersenam (naik turun tangga sekolah), menyusukan anak (Breastfeeding), dan kenalah jaga pemakanan (bleh tgk nak kurus cara Shaklee  dalam blog haku ni). Kita bwk anak 9 bulan (berat ibu & bb lagik).. so sayang2 sume. bg lah masa sket untuk berat tubuh kita ni kembali ke asal kan.. BERUSAHA!!


KEDUA
Rambut gugur?? BENAR. 
Hampir separuh ( 50% ) wanita akan mengalami keguguran rambut yang biasanya berlaku sebulan sehingga 6 bulan selepas bersalin. Peningkatan hormon estrogen masa mengandung melambatkan proses pengguguran rambut dan melebatkan rambut. Lepas bersalin, hormon akan ambil masa tok kembali kepada normal sebelum rambut kembali kepada kitaran asal pertumbuhan & pengguguran. Untuk mengekalkan rambut yang sihat &  mengelakkan keguguran rambut, ambil makanan yang kaya dengan protein, zat besi, zink, flavonoids, antioksidan dan silika yang bermanfaat kepada kulit kepala dan rambut. (Dalam Set Breastfeeding Shaklee.. mmg da ckp sumenye.. xperlu pening2 kepala nk pk okies!)

KETIGA
Ye ke kena makan lebih sebab susu badan?? PALSU. 
Kalori yang ada dalam susu badan besanya adalah dr lemak badan yang terkumpul (yg menebal masa kita ngandung dulu). Masa menyusu ni, kita kena pantau berat badan supaya berat badan kita berkurangan 500-1000 g seminggu. Sampailah kita capai balik berat badan ideal. Kalau berat badan kita kurang, lebih dari 1 kg seminggu, kn makan lebih sket tau (200-300 kalori sehari). Pemakanan kenalah seimbang sebab nutrisi yang terkandung dalam makanan yang kita makan tu akan diserap dalam susu badan (Selalu kena marah ngan incik somi kalau nk santap fastfood.. uhuhuu). Nak bagi anakanda tercinta sihat x?? So, kenalah amalkan makan buah-buahan, sayur-sayuran, susu rendah lemak, bijiran penuh dan protein sepanjang menyusu. Hahh.. aku mmg galakkan kalau korang nak ambil makanan tambahan (suplemen) supaya vitmain dan mineral dalam badan sentiasa cukup buat korang dan si anak tersayang.. Sayangnye anak mama.. (teremosi plak ngan budak dobot ni.. ahaks!)



KEEMPAT
Apa, Jerawat pon?? BENAR.  
Kitaran daran akan meningkat sebanyak 50% masa mengandung, terutamanya kat bahagian muka. Lepas bersalin, kitaran darah akan kembali normal dan kitaran hormon yang masih tak stabil tulah yang akan sebabkan muka kite ni nek jerawat. (WosHH.. tidak mahu!!)
Untuk elakkan masalah ni, kena pastikan muka dicuci sekurang-kurangnya 2x sehari dan.. gunakan produk penjagaan muka yang ada kandungan retinoid. REtinoid ni akan cepatkan proses pertumbuhan sel kulit dan naikkan seri wajah. Bagi yang ada masalah jerawat yang teruk plak, gunakan produk yang kombinasi benzyl peroxide dan retinol. Tapi.. kalau korang sus badan (cam haku), better dapatkan nasihat doktor dulu sebelum guna sebarang produk untuk pastikan ia selamat wat baby dan kite. "Kerana diriku & dirimu cukup berharga"


KELIMA
Perut jadi buncit lepas bersalin sbb rahim mengembang masa mengandung. Ye ke?? PALSU
Perut kita buncit dan menggeleber (seram guna perkataan nih..) lepas bersalin sebab si "diatasis recti" ni. Siapa plak budak ni? Hahh.. si diastasis recti ni ialah kejadian dimana terjadinya pemisahan otot perut yang paling luar. (sejak aktif mencari ilmu ni, dah cm doktor plak rasenya.. Chewahh..) Benda ni normal bai tok orang2 lepas bersalin nih. So, jangan nak risau sangat k.. Benda ni jadik sbb tisu perantara yang sebelum ni menyambung otot-otot perut yang terpisah, akan tertaik g bahagian tepi abdomen kita. Akibatnye, tisu perantara tu yang akan sokong organ dalam badan dan bukannya otot perut. (clear ye..). Sebab tu lah perut kita akan nampak buncit.. (bukan salah ibu mengandung.. ade kena mengena ke??). So.. tok betulkan keadaan dan permasalahan ni, kena lah bersenam, amalkan cara berdiri, duduk dan baring dengan postur badan yang betul serta jaga pemakanan. PENTING TUUUU...


KEENAM
Kesan rekahan kat perut tu KEKAL?? BENAR & PALSU
Hahahaha.. suspen kan. Betol ke tak nih?? memain plak budak ni. Siyes2.. Sebanyak 90% wanita mengandung akan ada rekahan kulit perot atau "stretch marks" ni. Nape plak benda ni bleh jadi?.. hurm sebab penambahan berat badan yang mendadak sangat sampai kulit tak mampu nak tampung. Selain tu, peningkatan hormon glucocorticoids (macam doc kan.. kan??) semasa mengandung melambatkan pembentukan kolagen dan fiber elastin dalam lapisan kulit.

Kesan rekahan ni akan kekal kalau kita tak ambil langkah-langkah awal tok cegah. Langkah awal yang dimaksudkan ialah dengan elakkan penambahan berat badan yang berlebihan. Ambil makanan yang kaya ngan Vitamin C sebab penting tok pembentukan kolagen nih. Selain tu, minum air bebanyak supaya kulit akan lebih elasik. Pastu boleh jugak sapu produk cam Bio Oil sejak trimester pertama lagi tok kekalkan lembapan elastisiti kulit. (Bab sapu2minyak yg aku liat sket nih.. bersungguhnya 2-3 hari jek. Pastu?? hahahaha...). Bagi yang dah ade lama rekahan kulit tu, bukannya takde harapan langsung nak hilangkan ye. InsyaAllah.. usaha tangga kejayaan. (Lalalalala...  sonok sangat coz incik somi puji "stretch mark" da tak nampak.. aiii seperti turbang di awan biruuu).

Tuesday, 29 January 2013

Alamak.. macam mana ni??!!




KENAL PASTI PUNCA SUSU MERUDUM & CARA MENGATASINYA..

Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

- Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
- Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.
-Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.

Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

2. Rutin mengepam anda cukup tak?

Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.


4. Baru mengambil pil perancang?

Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

5. Period nak datang?

Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

6. Mengandung?

Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

7. Adalah anda on diet?

Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.


8. Cukup rehat? Stress?

Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

9. Anda sakit?

Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap
2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

Friday, 25 January 2013

Set Bersalin TERBAEK!!!


Semakin hari semakin ramai yang mengenali produk semulajadi dari Shaklee. Nahh.. sekarang ni aku nak memperkenalkan lagi satu set produk iaitu Set Bersalin Shaklee kepada bakal-bakal ibu ye. Semua info yang korang baca akan jadi KEBAIKAN milik hakiki kalau korang memilih set ini dengan konfidennye.. (hehe..)

JOM Baca apa kebaikan Set Bersalin yang aku dok canang-canangkan ni..


Umum mengetahui set bersalin terdiri daripada Vita-lea, vita-c, b-comp & zinc. Apa plak fungsi dan kebaikkan supplemen2 nih???

Rileks2.. tarik nafas, hembus, tarik nafas hembus.. sekarang baca dgn tenang. Baca, faham dan pertimbangkan. 

B Complex
B Complex membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
Vitamin C penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.

Vita-lea (Multivitamin with iron)
Multivitamin mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc Complex
Zinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan atau pati ikan haruan, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas melahirkan.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin

Daannnnn.... kalau amek Set Bersalin ni + Ostematris + Esp = ManToPP!!!
lalalalala

Berminat nak cuba??
Boleh Call/Sms : 017-3390670
Atau Pm/komen jek kat Fb : http://www.facebook.com/nor.r.ramlan




Thursday, 24 January 2013

Tak Percaya??

http://www.facebook.com/nor.r.ramlan


SET Tripple M sememangnya pilihan untuk kebanyakan ibu-ibu menyusu.. Lengkap dengan 6 jenis supplement hasil gabungan vitamin untuk kesihatan ibu serta anak dan juga milk booster.

MENYESAL??.. insyaAllah tidak. Anda pasti tidak menyesal dengan pelaburan yang anda lakukan dengan pembelian set 3M ini.

Kenapa saya dan ramai ibu-ibu di luar sana suka dengan set ini?

Pertama

Badan lebih bertenaga al-maklumlah nak jadi SUPERMOM, SUPERWIFE, SUPERWORKER ni bukan mudah ye. Tambahan pula tidur yang kurang lena sebab sering berjaga untuk susukan anak.

Kedua

Susu menjadi lebih pekat kerana nutrisi yang ada serta membuatkan anak lebih cepat kenyang. Dengan kata mudahnya, kurang mengempeng atau bergayut dan anak akan dapat tidur dengan lena.

Ketiga

Cik B cepat penuh selepas sesi pam atau direct feeding kerana protein dan kalsium merupakan komposisi utama di dalam susu badan. Kilang penghasilan susu badan memerlukan protein serta kalsium dan juga serat sebagai makanan untuk menghasilkan susu dengan cepat.

Keempat

Kulit muka menjadi cantik, mulus,anjal dan lebih berseri kerana B-complex, Vitamin C dan ESP adalah antara vitamin yang mencantikkan kulit. Vitamin C penting untuk pembentukan kolagen dan protein adalah bahan asas untuk pembentukan sel kulit yang sihat serta sempurna.

Kelima

Masalah sembelit saya hilang dengan pengambilan OsteMatrix. OsteMatrix adalah gabungan kalsium, magnesium, Vitamin D dan banyak lagi. Kalsium tanpa magnesium menjadi punca sembelit dan kehadiran magnesium melembutkan najis ( Sorry jika rasa kotor tapi fakta ni)

Keenam

Hubungan suami isteri lebih mantap dengan kehadiran Alfalfa. Hint terbesar adalah berfungsi sebagai KACIP FATIMAH. Alfalfa akan mengetatkan kembali vagina wanita malah dapat membantu mengatasi masalah keputihan.**

Ketujuh

Sesuai untuk mommies yang sedang mengalami masalah penyusuan seperti susu merudum, mahupun mommies yang ingin membuat stok EBM.



Dan.... yang paling SEPESEL.. sambil memberikan susu ibu yakni susu terbaik kepada anak kesayangan kita ni.. Bby membesar dengan sihat dan mama pon makin lansing. tak percaya?? Tengok ni!!!!





Macamana nak order ni?? Mesti dah teruja kan???

1.Anda boleh SMS/call 017-3390670
2. PM admin di http://www.facebook.com/messages/nor.r.ramlan

 

Wednesday, 16 January 2013

Diet air kosong

Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran

Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.

Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.

Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?

Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .
 

Sumber : Majalah info sihat
 
Dear Diary Blogger Template