Sunday, 17 March 2013

Produk Shaklee

PERBEZAAN SHAKLEE

Selama lebi 50 tahun, beberapa generasi keluarga telah mengharapkan kami untuk melakukan apayang tiada syarikat lain boleh lakukan seperti Shaklee - membuat produk yang semula jadi,  selamat DAN terbukti berkesan.

Misi kami di Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dankehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja. Kami melakukannya dengan membuat produk semula jadi yang begitu luar biasa, anda hanya perlu untuk memberitahu kawan-kawan anda. Setiap produk yang masuk ke dalam setiap botol Shaklee direka untuk meningkatkan kesihatan, bekerja tanpa kompromi, dan menjadi mesra alamdi planet ini.

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu 3 perkara adalah benar. Ia adalah sentiasa selamat. Ia sentiasa berkesan. Dan ia sentiasa mesra alam.





KAMI MENJAMIN KESELAMATAN TANPA SYARAT
=========================================
Kami bermula dengan alam semula jadi. Saintis Shaklee mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semula jadi yang terbaik. Maka kami menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan baru untuk logam berat, racun perosak atau mana-mana ratusan bahan cemar lain yang berbahaya. Dan kami terus menjalankan lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun untuk menjamin ketulenan dan keselamatan setiap produk.
Secara teknikal, produk Shaklee tiada parabens, Triclosan, phthalates, sodium lauryl sulfat (SLS), natrium sulfat eter lauryl (SLES), 1, 4-dioxane, atau propilena glikol. Tiada bahan-bahan yang diharamkan, tiada pewarna, tiada lemak trans dan tiada pemanis tiruan atau perisa. Kami tidak  menggunakan haiwan sebagai bahan ujian. Malah pembungkusan kami adalah selamat dan bebas daripada biopherol toksin - phthalates dan dakwat toksik. Itulah sebabnya kami benar-benar pasti : SETIAP PRODUK SHAKLEE DIJAMIN 100% SELAMAT UNTUK DIGUNAKAN.


KAMI MENJAMIN KEBERKESANAN
=============================

Banyak syarikat mendakwa produk mereka berkesan tetapi di Shaklee, kami mempunyai bukti.
SENTIASA MESRA ALAM

Saturday, 16 March 2013

Cara berjalan & Wanita. JOM.. singkap rahsianya

1. Kelihatan Seperti Tidak Memijak Tanah 

Golongan wanita yang jalannya berginjat, wanita ini kononnya bersifat tidak jujur, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain terutamanya ketika berbual. Dia juga dikatakan terkenal dengan sikap egonya. Dan yang lebih parah, wanita ini biasanya seorang yang boros atau suka membazir tanpa berfikir sebelum berbelanja. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Sering Menoleh Ke Kanan Dan Kiri

Wanita yang berjalan seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita yang berjalan seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Kononnya wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Suka Menunduk

Wanita seperti ini katanya memiliki sifat yang tertutup. Dia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditawan hatinya. Di samping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan percintaan. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hatinya, dijamin lelaki itu akan beroleh kebahagiaan. Ini kerana, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Berjalan Menatap Lurus Ke Depan

Mereka yang berjalan seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, dan bukannya mudah hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meskipun pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jadi tak hairanlah kalau wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.

5. Badan Bergerak ke Kanan dan Kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian selalunya bersikap tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia menganggap itu sebagai perkara kecil. Walhal masalah itu sebenarnya agak rumit dan memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Badan Nampak Tegak

Wanita ini tegas dalam menentukan sesuatu. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya selalu serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Dan yang menarik tentang wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa menghilangkan sifat-sifat romantiknya.

7. Berjalan seperti Zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika berbual dengan wanita seperti ini sedikit sebnayak kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.
Panduan ini bukanlah semata mata hanya berguna untuk lelaki tapi boleh jugak di jadikan peringatan kepada wanita wanita diluar agar berjalan dengan sopan. Macam biasa, tip ini hanya panduan bukan semestinya betul dan setiap individu adalah berlainan. Sekian. Wallahualam.

Tuesday, 5 March 2013

10 Perkara Yang Boleh Mengagalkan Misi Penyusuan Bayi


Assalamualaikum semua. Saya sering kali berhadapan dengan para ibu yang mempunyai keinginan untuk menyusukan bayi mereka tetapi sekadar keinginan yang tidak kemana. bak kata orang 'Umpana tin kosong'. Kenapa?Kenapa? Kenapa? Dalam islam juga kita sering kali di ajar dengan betulkan niat, usaha, istiqamah, tawakal & doa. betul tak? Kenapa kita tak adaptasikan konsep tersebut dalam tindak tanduk seharian kita? Saya faham, kadangkadang situasi yang mendesak tapi selagi ada kemahuan, di situ ada jalan. Saya adalah salah seorang ibu yang sangat-sangat menyokong penyusuan susu ibu & saya sangat tersentuh jika ibu-ibu kat luar sana yang telah berniat tetapi tak merealisasikannya.Harapan & doa saya ialah, jauhkan dari perkara seperti dibawah:-


1) Tiada keyakinan - KEYAKINAN sangat penting untuk memastikan kejayaan anda menyusukan bayi anda sepenuhnya. YAKIN yang anda mampu menyusukan bayi sehingga 2 tahun, YAKIN yang anda mampu menangani sebarang cabaran mendatang. Jika tidak yakin, dengan mudah anda akan mengalah.

2) Kurang ilmu - Kurang ilmu tentang penyusuan akan menyebabkan anda dengan mudah percaya yang anda tiada susu, tak cukup susu, maka terus berhenti untuk berusaha. Tiada ilmu juga menyebabkan anda tidak yakin menyusukan bayi adalah sangat mudah jika betul tekniknya.

3) Tidak bersungguh-sungguh - Ramai yang nak menyusukan anak, tapi tidak bersungguh-sungguh. Apabila ada masalah susu merudum, stok EBM susut, baby meragam, x larat mengepam.. maka dengan mudah anda akan mengambil alternatif untuk memberikan susu formula.

4) Tiada sokongan suami - Sokongan suami atau orang terdekat sangat penting untuk menjayakan penyusuan terutamanya di awal kelahiran bayi. Walaubagaimana pun, keinginan daripada dalam diri sendiri adalah paling utama.

5) Cepat putus asa - Ada ibu yang bermasalah kurang susu atau susu merudum, ada juga yang ada masalah puting tenggelam, puting melecet, bengkak susu dan sebagainya. Jika ibu tidak kuat semangat dan cepat berputus asa, maka cita-cita tidak akan kesampaian.

6) Tidak bersedia - Untuk ibu yang bekerja, perlu ada persediaan yang rapi terutamanya untuk membuat stok susu. Perlu ada persediaan peralatan mengepam (jika perlu), botol simpanan, dan ilmu yang cukup tentang pengendalian EBM. Ibu yang kurang bersedia akan menghadapi masalah untuk membekalkan susu ibu secukupnya kepada bayi. Jadi digalakkan untuk membuat stok paling kurang 2 minggu sebelum masuk bekerja selepas berpantang.

7) Tidak kisah - Ramai ibu yang tahu tetang besarnya manfaat susu ibu. Tapi ramai juga yang tidak kisah jika anak diberi susu formula. Usaha hanya ala kadar. Apabila ada masalah sedikit, terus mengambil alternatif susu formula.

8) Tidak jaga pemakanan - Pemakanan turut memainkan peranan penting dalam penghasilan susu ibu. Makanan yang tidak berkhasiat, atau tidak mencukupi nutrisinya akan mempengaruhi penghasilan susu ibu. Tambahan lagi jika ibu berdiet (kurang makan). Jadi mungkin akan ada ibu yang gagal dalam penyusuan kerana masalah kurang susu akibat tidak jaga pemakanan.

9) Stress - Stress yang berpanjangan akan mengganggu penghasilan susu ibu. Tambahan pula, jika stress, pastinya ibu tidak dapat mengepam dengan tenang. Jadi kemungkinan susu akan merudum dan menyebabkan ibu mudah berputus asa. Jadi bertenanglah... kurangkan stress semasa bekerja dan sentiasa ingat anak yang tersayang.

10) Kurang berdoa pada-Nya - Ingatlah, rezeki milik Allah. Susu ibu juga adalah rezeki milik Allah. Jadi jika nak banyak susu, nak murah rezeki, mintalah kepada pemilik-Nya.


Sunday, 24 February 2013

LaHiRKaN aNaK PiNTaR

Setiap Ibu dan Ayah pasti inginkan anak mereka mempunyai tahap intlektual yang tinggi, berpotensi, bijak, kreatif, rajin belajar dan seronok membaca. Memang tidak dinafikan yang cemerlang dalam pembelajaran memberikan peluang yang cerah untuk masa depan anak anda, namun itu sahaja tidak mencukupi tanpa nutrisi yang baik yang juga penting dalam perkembangan tahap intelektual anak-anak.

Berdasarkan penyelidikan yang dibuat, di bawah merupakan beberapa nutrien penting yang membantu dalam perkembangan otak yang sihat untuk kanak-kanak yang sedang membesar.

Multivitamin
Multivitamin memberikan asas nutrien yang penting untuk perkembangan otak dan tumbesaran yang sihat. Ia mengandungi vitamin perlu seperti B-Complex yang membantu untuk meningkatkan daya ingatan dan sisitem saraf yang baik.

Vitamin C
Vitamin C membantu dalam menguatkan sistem imun yang penting untuk kanak-kanak kekal sihat dan cemerlang dalam pembelajaran mereka. Ia membantu dalam mencegah jangkitan dan demama selsema yang sering menyerang murid-murid sekolah. Vitamin C juga perlu untuk mengekalkan integrasi antara sel dan menyokong kesihatan mata, gigi, gusi, tulang, otot dan peredaran darah di kalangan kanak-kanak yang sedang membesar.
 
Omega 3
Sebahagian besar daripada otak terbina daripada lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega3. Kajian menunjukkan yang diet yang kaya dalam Omega 3 boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul, atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. Omega 3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap yang positif, dan membantu dalam meningkatkan daya ingatan semasa mereka tua kelak.
 
Lecithin
Lecithin soya merupakan sumber utama kolina yang merupakan komponen neurotransmitter asetilkolina yang terlibat dalam proses penghantaran mesej ke otak dalam sistem saraf. akademi Sains Kebangsaan telah mengiktiraf yang kolina merupakan sumber penting  dalam diet seharian kerana pelbagai khasiat yang dimiliki terutamanya untuk kesihatan otak.

Protein Baik
Protein baik membantu untuk menyuburkan otak. Asid amino yang diperolehi daripada protein diperlukan untuk neurotransmitter. Protein juga merupakan blok-blok sel yang terbina di dalam tubuh termasuklah sel-sel imun, sel-sel darah merah, enzim, otot-otot dan tulang yang diperlukan untuk tumbersaran yang sihat.


Thursday, 14 February 2013

Cantik & Slim Cara Shaklee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

Baru teringat tak share lagi ngan korang pasal ''Set Slimming Shaklee" yang korang dok tanya2 tu. So, ade kesempatan sket ni.. aku nak story kenapa "Set Slimming Shaklee" ni bagus menjadi pendukung cita-cita korang  tok slim dan bertambah malatopp!! sesuai plak ngan budget korang sendiri. Amacam, nak terus usha??

Untuk memudahkan kita tok capai berat yang ideal, ada beberapa perkara @ suplemen yang kita perlu tahu dan fahami khasiat serta fungsinya. JOM.. kita ronda2.
  
      1) DETOX 

Sebelum  memakan suplemen tok slimming, kenalah buat detox lebih dulu. Detox sangat2lah diperlukan tok bersihkan usus-usus kita daripada lemak (yang lama & baru.. hehe) toksin dan lendir (yang degil sgt2 tuh). Semua tu akan dikeluarkan bila kite menjalankan proses ‘membuang’..hohohoo . So, bila usus kita dah bersih dan clear, barulah senang dan dapat mengoptimumkan penyerapan nutrien nanti kan!!

Jadi, kat Shaklee, suplemen yang mempunyai fungsi Detox adalah : Alfafa, Herb-Lax dan Fiber Plan

Walau bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda cuma boleh mengambil Alfafa dan Fiber Plan sahaja ye. Herb-Lax pula sesuai bagi yang tidak ada komitmen dengan menyusui si manja. Oh ya! Satu lagi.. Bagi yang ada masalah sembelit, Herb-Lax sangat sesuai dengan anda. Kalau anda ok dan tiada masalah, Alfafa dan Fiber Plan adalah pilihan yang sesuai.


2) PROTEIN

Mengapa kita perlukan protein? Kerana protein ini antara tugasnya yang paling best adalah untuk meningkatkan metabolisme badan. Selain daripada itu, ia membuatkan kita membina otot dan membuatkan kita kenyang lebih lama. Fakta lain yang menarik ialah ia mampu membakar kalori kita sehingga 35%!! HEBAT KAN??

Di Shaklee kami memberikan 2 cadangan sumber protein : 

i) Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh mengambil Energising Soy Protein  (ESP) - * Bonus ianya mempercepatkan penghasilan susu badan dan kalau consume secara istiqamahakan membuatkan kulit anda menjadi gebu.
ii) Bagi yang tidak menyusukan, kami mengesyorkan anda mengambil Cinch Shake Mix


3) PEMECAH / PENCAIR LEMAK

Omega 3 berupaya meningkatkan metabolisma badan. Kandungan Omega 3 di dalam darah juga memberi kesan tindakbalas kepada tubuh supaya mengguna lelemak di badan sebagai punca tenaga. Bukan itu sahaja, minyak ikan (Omega 3) ini juga mampu mengawal nafsu makan bagi mereka yang mahu membuang lemak di badan. Kunci kejayaan bagi menurunkan berat badan adalah kebolehan seseorang mengawal selera makan. Leptin (di dalam Omega 3) inilah yang akan beri signal kepada otak dan mengehadkan rasa lapar seseorang.
 Lecithin sangat penting ye kawan-kawan. Ini kerana fungsi utamanya ialah pemecah / pencair lemak. Apabila ia bertemu dengan lemak-lemak yang degil, ia akan memecahkan dan bergabung / bercampur dengan lemak-lemak itu seterusnya membawa lemak itu keluar dengan bantuan fiber. 

Jadi, ini adalah suplemen utama yang dapat dikongsi dengan anda semua. TETAPI HARUS DIINGAT,  jangan menganggap dengan memakan suplemen tapi anda masih lagi meneruskan diet dan cara pemakanan yang sama - keberkesanan itu mungkin akan berkurangan. Sama juga analoginya, anda ada kencing manis, doktor bagi anda ubat - anda makan dan tak pernah culas pulak tu. TAPI, anda still tak control makanan yang mengandungi gula yang tinggi. Jadi, still ubat kencing manis tu tak berkesan. Betul kan?

Jadi, pastikan anda :

1) Kawal kalori pengambilan makanan anda (lebihkan sayur-sayuran, buah-buahan, kurangkan manis) 

2) Minum air dengan banyak 3-4 liter sehari (air akan memudahkan anda lawas,buang semua toksik dalam badan, dan mengurangkan kepekatan darah)

3) Berdisiplin dalam pengambilan suplemen di atas

4) Berdoa dan bertakawal kepada Allah

Secara RINGKASNYA.. Set Slimming Shaklee :

1) Untuk yang menyusukan anak
    Alfafa/Fiber + ESP + Lecithin/Omega
2) Untuk yang tidak menyusukan anak
    Herb-Lax/Fiber + Cinch + Lecithin/Omega
 

Tuesday, 12 February 2013

TaNGiSaN - CaRa BaYi BeRKoMuNiKaSi

Pada peringkat awal tumbesarannya, bayi akan menangis untuk memberitahu yang dia sedang bermasalah. Antara masalah yang biasa dialami bayi ialah:

1) Lapar
- Tidak dinafikan bahawa sering kali tangisan bayi dikaitkan dengan rasa lapar. Jadi, sebagai bapa, anda mestilah peka tentang hal ini. Pastikan anak mendapat makanan yang secukupnya. Bagi bayi yang belum berusia 6 bulan, makanan yang dimaksudkan tentulah susunya. Para bapa kenalah ambil tahu jadual minum susu anak agar anda tahu bilakah waktunya dia kena menyusu.

2) Basah
- Rasa tidak selesa akibat basah pun boleh menyebabkan bayi menangis. Oleh yang demikian, rajin-rajinlah periksa lampin bayi anda dan tukar lampin tersebut dengan kerap bagi mengelakkan punggungnya basah. Menjaga kebersihan bahagian lampin bayi sangat penting agar dapat mengelakkan masalah ruam yang akan membuatkan bayi rasa gatal dan tidak selesa.

3) Tidak Selesa Dengan Persekitaran
- Keadaan persekitaran juga sering mengganggu bayi. Suasana sekeliling yang terlalu bising dan sempit boleh menyebabkan bayi menangis. Bukan itu sahaja, suhu yang terlalu panas atau terlalu sejuk pun boleh mengganggu keselesaan bayi.

4) Jatuh
- Ada ibu bapa yang gemar menidurkan bayi mereka di dalam buaian. Amalan seperti ini terutamanya pada waktu malam tidak praktikal kerana macam-macam boleh berlaku di dalam buaian ketika anda sedang tidur. Salah satu perkara yang boleh berlaku ialah terjatuh. Bayi yang tidur lasak mudah terjatuh dari buaian lebih-lebih lagi jika dia dibiarkan tidur sendirian.

5) Kembung
- Bayi juga terdedah kepada masalah kembung perut. Masalah yang turut dikenali sebagai kolik ini akan menyebabkan bayi menangis dalam satu jangka masa yang panjang. terutamanya pada waktu petang. Biasanya untuk meredakan sakit perut yang dialami bayi, urut bahagian perutnya dengan lembut menggunakan minyak yang sesuai. Urut juga bahagian belakang tubuhnya. Selain daripada meredakan kesakitan yang dialami, urutan boleh menenangkan bayi.

Kepada bapa-bapa sekalian, tangisan bayi adalah lumrah dalam kehidupan berkeluarga. Bayi memang selalu menangis. Oleh itu, anda perlulah bersedia untuk menghadapinya.

Sunday, 10 February 2013

10 'K' DaLaM PeRSaHaBaTan



1) KECINTAAN 

Merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan. Ikatan persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insan yang disandarkan kepada pemilik cinta itu sendiri iaitu Allah s.w.t. Oleh itu, kita perlu meluahkan rasa cinta terhadap sahabat dengan mengungkap, 'uhibbuka atau i fillah' (bagi sahabat yang sama jantina) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka, kerana Allah.


2) KASIH SAYANG 

Lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan. Namun, setelah kita mencintai sahabat, kita perlu curahkan segala kasih sayang kita terhadap mereka. Tetapi, kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran. Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita. Insya-Allah, itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.


3) KEIKHLASAN 

Dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada Illahi. Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseorang akan mengundang permusuhan antara sahabat. Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya, bukan kerana rupa, pangkat atau harta yang dimilikinya.


4) KESETIAAN 

Terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu. Apabila kita setia terhadap sahabat, kita akan diingati sehingga akhir hayat mereka. Ini kerana tidak kira susah atau senang, kita setia berada di sisinya memberi sokongan.


5) KEBERANIAN 

Dalam berkata benar. Dalam persahabatan, kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu. Lebih-lebih lagi, jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya. Kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan. Selain itu, kita juga kena berani menasihati sahabat kita. Ini kerana sebagai sahabat, kita mesti mahukan yang terbaik untuk mereka bukan?


6) KEJUJURAN 

Juga perlu dalam persahabatan. Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita. Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita. Jangan berahsia, melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.


7)KEMAAFAN. 

Sekiranya sahabat kita pernah melakukan kesilapan, bersedialah untuk memaafkannya, tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita. Ini kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya. Begitu juga sebaliknya.


8) KESEDIHAN. 

Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih, maka ikutlah sedih bersama-sama dengan mereka. Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka. Mungkin ketika itu, tiada siapa yang akan mereka cari, selain kita sahabat mereka.


9) KEGEMBIRAAN. 

Jika kita gembira, maka berkongsilah kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta. Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan mereka? Tidak mahukah kita melihat ukiran senyuman indah pada raut wajah mereka? Kegembiraan kita, bermakna kegembiraan mereka juga.


10) KESERASIAN 

Di sini bukanlah bermaksud, 'Kau cantik, aku mesti cantik,' atau 'Kau kaya, aku pun kena kaya'. Tidak sama sekali. Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza. Namun, dalam persahabatan, keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman dia antara dua pihak.

Akhir sekali, hayati pepatah Inggeris di bawah:

"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it, you will get nothing but tears!"

(Persahabatan umpama bawang. Ia mempunyai banyak lapisan di dalamnya dan menambah perisa dalam kehidupan. Tetapi, jika anda cuba memotongnya, anda tidak akan dapat apa-apa, kecuali tangisan.
 
Dear Diary Blogger Template