Tahukah anda bahawa mengapa bayi menangis tatkala ia lahir ke dunia?
Adakah kerana ia terasa sejuk terkena angin dunia barunya. Ataukah
kerana memang fitrahnya begitu?
Imam Bukhari ada meriwayatkan di dalam Sahihnya sebuah riwayat dari Abu Hurayrah yang bermaksud
Tidak ada seorang pun dari bani Adam yang lahir yang tidak diganggu oleh syaitan ketika ia dilahirkan. Maka ia akan menangis dengan kuat kerana gangguan syaitan itu. (HR Bukhari , Kitab al-Anbiya no 3201)
Imam Muslim juga ada meriwayatkan hadis yang bermaksud
Jeritan bayi yang dilahirkan adalah kerana gangguan dari syaitan.(HR Muslim, Kitab al-Fadail no.4372)
Kedua-dua hadis di atas bertaraf hadis sahih yang mana ia adalah khabar yang benar dan dipercayai. Hakikatnya syaitan telah pun berjanji dengan Allah bahawa ia akan mengganggu manusia dengan apa cara sekalipun dan sentiasa berusaha untuk menyesatkannya. Syaitan tidak akan melepaskan walau sesaat dan tidak pernah leka untuk melalaikan dan mengganggu kehidupan dan ketenteraman manusia.
Masyarakat Melayu sememangnya amat menitik beratkan penjagaan terhadap bayi yang baru lahir dari gangguan syaitan. Jika kita perhatikan pelbagai cara dilakukan oleh masyarakat untuk tujuan itu. Sebahagiannya menggunakan benang hitam yang diikat di tangan si kecil atau dikenali sebagai tangkal. Sebahagian yang lain pula meletakkan benda tajam seperti pisau atau gunting kecil di bawah bantal atau tilam bayi. Persoalannya, adakah amalan-amalan tersebut bertepatan dengan sunnah Rasulullah s.a.w serta ajaran Islam?
Al-Quran dan sunnah Rasul s.a.w telah memberikan panduan yang cukup untuk melindungi bayi dan anak-anak kecil dari diganggu syaitan.

No comments:
Post a Comment