Membina keyakinan diri aspek jasmani, rohani, emosi, intelek ke arah kecemerlangan
Membina keyakinan diri merupakan
usaha ke arah pembinaan jati diri untuk menuju kejayaan cemerlang.
Kebijaksanaan minda / emosi dan kecemerlangan
fizikal / rohani merupakan dua gandingan elemen yang dapat mewujudkan
modal insan yang syumul, seimbang
dan berkualiti.
Pelajar yang hanya bijak intelek tetapi lemah emosi dan rohani belum
boleh dipanggil modal insan
cemerlang. Pelajar yang bijak rohani tetapi lemah intelek, emosi dan fizikal juga tidak
lengkap.
Modal insan cemerlang perlu merangkumi 4 asas kecemerlangan di atas.
Pelajar yang mendapat A di dalam mata pelajaran tetapi tidak yakin kepada
akhlak mulia dan keperluan beragama akan menjadikan pelajar ini sesat jalan
pada kemudian hari. Pelajar yang hebat dari segi pengetahuan agama tetapi tidak
dapat menghayati dan tidak menguasai beberapa kemahiran asas lain juga tidak
cemerlang di dalam hidupnya.
Insan yang cemerlang ialah insan yang baik dan berusaha ke arah
menjadikan dirinya sebagai model terbaik. Jika anda dapat menjadikan diri anda
insan yang baik dan boleh menjadi contoh kepada orang lain maka anda insan yang
syumul (lengkap), seimbang dan cemerlang.
Kali ini didedahkan panduan bagaimana anda dapat menjana keyakinan diri dan jati diri
ke arah insan seimbang dan cemerlang.
1. Tingkatkan perwatakan luaran & dalaman (aspek jasmani-rohani)
Jadikan kebersihan sebagai teman hidup. Agama kita mengajar membersihkan diri dalam dalam keadaan apa jua pun. Kita dikehendaki membersihkan diri sebelum bersolat, membersihkan diri selepas berhadas besar, membersihkan harta dengan berzakat, membersihkan nama agama dengan menunjukkan contoh teladan baik kepada orang lain, berzikir untuk membersihkan hati, bertaubat untuk membersihkan dosa. Kebersihan bersifat lahir dan batin ini perlu menjadi amalan pelajar agar kecemerlangan yang sebenarnya dapat dinikmati.
Orang yang mempunyai tubuh badan yang bersih akan didekati kawan, orang yang mempunyai makanan yang bersih akan terjaga kesihatan, orang yang mempunyai harta yang bersih akan mendapat keberkatan. Pendek kata kebersihan adalan kunci kepada diri sendiri dan dapat mengubah persekitaran. Diri yang bersih, persekitaran yang bersih akan menjadikan diri anda tenang dan jiwa menjadi lapang.
2. Berani untuk berasa yakin (aspek emosi- intelek)
Perasaan yakin diri tidak tumbuh dalam satu hari. Ia memerlukan masa dan
kecekalan dari dalam. Ia memerlukan latihan dan ketabahan. Pelajar yang mempunyai ibu
bapa yang member keyakinan diri kepada anak-anak sejak bayi memperoleh
kelebihan berbanding kanak-kanak yang tidak langsung disuntik dengan semangat yakin. Pelajar yang tidak
mendapat dorongan dari kecil memerlukan
faktor lain untuk menyedari tentang kehebatan dan keupayaan diri
sendiri. Sebenarnya aspek kesedaran dari dalam diri adalah lebih penting
3. Kenali kelemahan diri dan atasinya
(aspek emosi-intelek)
Pelajar
yang leka dan lalai biasanya tidak menyedari bahawa dirinya mempunyai bebera[a
kelemahan untuk diperbetulkan. Yakin diri tanpa menyemak kelemahan akan
mengundang kepada sifat sombong dan takbur. Kedua-dua sifat tersebut akan
menjadi penghalang kepada sifat-sifat positif untuk berkembang. Catatkan segala
sifat-sifat buruk yang ada dalam diri dan gantikan dengan sifat-sifat positif.
Contohnya, suka berbual kosong, diganti dengan serius tentang sesuatu, suka
berbohong digantikan bercakap benar walaupun pahit.
4. Bingkas bangun daripada kesilapan (aspek intelek-emosi)
Hanya malaikat yang tidak membuat silap. Sebagai manusia kesilapan akan
terus berlaku. Allah menciptakan kesedaran dan kekuatan pada diri manusia untuk
bangun dan meneruskan usaha sehingga Berjaya. Unsure air dan api diciptakan
Allah agar kedua-duanya bersatu dan member manfaat kepada manusia. Begitu juga
dengan kelemahan dan kekuatan, positif dan negative, jahat dan baik, tinggi da
nrendah. Kesemuanya dalam keseimbangan yang boleh member manfaat. Kesilapan
yang berlaku dapat melonjakkan anda ke tahap lebih tinggi jika anda menyedari
dan memperbetulkannya. Pelajar yang sedar dan memperbaiki kesilapan akan
menjadi lebih ceria berbanding pelajar yang hanyut da nkecundang yang telah membuat
kesilapan tetapi tidak berusaha untuk memperbetulkannya.
5 Kenali penciptaan diri anda (aspek intelek-rohani)
Allah membekalkan setiap insan itu dengan bekalan dan peralatan yang
lengkap, canggih, dan sistematik untuk hidup di dunia. Gunakanlah secara
optimum apa yang dianugerahkan Allah kepada anda. Jika anda mengetahui dan
memahami kehebatan ciptaan Allah, anda tidak akan memsia-siakan masa walaupun
sesaat. insan yang berfikiran dan berjiwa rendah dan kosong tidak ada modal
untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Sering melihat masalah dan kelemahan
akan membuatkan diri yang hebat akan menjadi lemah. Tentu ada sesuatu yang
boleh anda banggakan tentang diri anda. Mungkin anda ada bakat melukis,
mengemas, memasak, berpantun, berlakon, mengarang dan seumpamanya. Bakat
merupakan sesuatu yang boleh ditingkatkan sehingga ia menjadi ketara. Pasa masa
yang sama anda boleh juga mengenal bakat lain da nemngasah bakat tersebut.
6. Hargai dan bersyukur. (aspek emosi-rohani)
Hargai apa yang ada pada diri anda. Sayangi setiap sentimeter ubuh anda.
Belum ada lagi kilang yang terhebat di dunia yang dapat menghasilkan walaupun
sebatang jari. Jika nada memahami betapa hebatnya diri anda daripada aspek
kesempurnaan dan keseimbangan kejadian yang diciptakan Allah kepada anda maka
anda akan tersungkur dan bersujud untuk mensyukuri nikmat yang sangat sempurna.
Jika anda menghargai dan mensyukuri kehebatan apa yang ada pada diri anda maka
anda akan berasa tenang dan anda aka nberusaha untuk meningkatkan keupayaan dan
pencapaian anda.
7. Usaha anda walau sedikit tetap dikira (aspek intelek-rohani)
Usaha anda tida k sia-sia. Setiap usaha yang anda lakukan ke arah kejayaan akan menghasilakn kejayaan. Anda perlu lakukan dengan tekun dan istiqamah. Buang rasa berputus asa dari diri anda. Kurangkan daripada melakukan kesilapan. Ambil langkah berhati-hati dan lakukan sesuatu dengan penuh yakin. Setiap usaha yang dilakukan ke arah kebaikan akan mendapat balasan dua keuntungan. Keuntungan kejayaan anda di dunia dan juga keuntungan kejayaan anda di akhirat. Kejayaan di akhirat ialah kejayaan yang mutlak yang membawa kepada kebahagiaan yang abadi. Kejayaan inilah yang sepatutnya menjadi idaman setiap pelajar.
. Teguhkan diri dengan pendirian yang berprinsip (aspek intelek-rohani)
Negara telah meletakkan Rukun Negara sebagai prinsip hidup. Kepercayaan
kepada Tuhan merupakan tunjang hidup bangsa yang bernegara. Sebagai seorang
pelajar yang berintegriti anda perlu mempunyai rasa yakin diri dan jati diri yang teguh. Anda perlu kenal dan faham
arah tujuan hidup yang sebenar-benarnya. Tujuan hidup adalah untuk mencapai
kebahagiaan di dunia untuk menuju kebahagiaan di akhirat yang mutlak dan abadi.
Landaskan prinsip hidup anda kepada agama yang menjadi pegangan anda. Jika anda
berpegang kepada kitab Allah sebagai dasar kehidupan maka haluan hidup anda
tidak akan tersesat, anda akan terpimpin dan hidup anda akan menjadi tenang da
n bahagia.


No comments:
Post a Comment