Saturday, 9 February 2013

TiDuR BeRSaMa iBu eLaK BaYi MuRuNG

MASA tidur pada malam hari adalah waktu untuk tubuh badan kita berehat selepas menghadapi tekanan dan penat bekerja sepanjang hari. Sementara bagi bayi pula, tidur adalah masa untuk minda dan tubuh mereka membesar. Sebab itulah tidur tanpa gangguan pada waktu malam sangat penting kepada bayi.
Bayi yang tidur lena sepanjang malam bermakna rehat yang cukup untuk ibu dan bapa. Bagaimanapun, apakah cara terbaik bagi memastikan anda dan bayi anda tidur tanpa gangguan?

Kajian terbaru menunjukkan semakin hampir jarak bayi dengan seseorang ketika tidur dapat menghindarkan bayi itu daripada masalah kemurungan yang sudah tentu membantutkan pembesarannya.

Malah, keluarga di Barat juga sudah mula mengamalkan cara yang sama. Kajian itu juga menunjukkan kanak-kanak yang tidur bersama ibu dan bapa mereka tidak mudah mengalami gangguan perasaan.

Justeru, ibu bapa perlu memahami corak tidur anak mereka. Pemahaman itu membolehkan ibu bapa mengatur jadual mengikut keperluan anak mereka.

Tidur bukanlah perbuatan yang boleh dipaksa. Ia berlaku secara semula jadi dan biasanya ibu bapa yang menghadapi masalah untuk tidur.

Kebanyakan bayi lebih selesa tidur di dada ibunya. Cara itu lebih mudah menenangkan bayi. Elakkan daripada memberikan botol susu kepada bayi untuk menidurkannya. Susu yang tertinggal di dalam mulut bayi boleh menyebabkan bayi tercekik dan merosakkan gigi bayi anda.

Ada empat kaedah tidur bayi (mengikut umur) yang perlu difahami setiap ibu bapa.

- Baru lahir hingga tiga bulan:

Kebanyakan bayi bangun lebih kerap. Saiz perutnya yang kecil menyebabkan mereka cepat lapar. Tidur mereka juga tidak nyenyak dan tidak dapat membezakan waktu siang dan malam. Ibu bapa perlu menyesuaikan gaya hidup dan mengatur jadual tidur.

- Empat hingga enam bulan

Kebanyakan bayi pada usia begini mempunyai corak tidur yang tetap. Kebanyakannya sudah mula tidur dengan nyenyak tanpa bangun untuk minum susu.

Bagaimanapun, anda mungkin mendapati bayi anda banyak bergerak pada waktu malam. Ada juga bayi yang belajar duduk atau merangkak ketika tidur. Kebanyakan bayi juga sukar tidur pada waktu malam kerana masalah tumbuh gigi. Ada juga yang tidur nyenyak tanpa gangguan sebagaimana yang diinginkan ibu bapa.

- Tujuh hingga sembilan bulan

Ada juga bayi yang sebelum ini tidur nyenyak, bangun lebih kerap pada peringkat usia ini. Kebanyakannya pula akan meminta ibu bapa tidur bersama mereka.

- 10 hingga 12 bulan

Peringkat ini adalah waktu tidur bagi sesetengah bayi manakala selebihnya adalah masa untuk berjaga. Ini kerana ada kanak-kanak yang tidak boleh tidur tanpa ibu atau bapa di sisinya. Oleh itu, anda perlu berada di sisi mereka ketika ingin tidur. Lama-kelamaan anak anda akan belajar tidur sendirian.

Ada beberapa cara untuk menenangkan bayi bagi membolehkannya tidur pada waktu malam.

Bayi yang tenang lebih bersedia menerima waktu tidur dengan lebih baik manakala setiap bayi pula mempunyai `kunci' sendiri untuk membuka pintu ketenangan dirinya.

Ada beberapa cara yang mungkin boleh digunakan untuk membuatkan bayi anda lebih tenang, antaranya:

* Mendodoikan bayi:

Anda boleh mendukung dan mendodoikan bayi anda sambil berjalan-jalan di dalam bilik yang cahaya lampunya samar. Anda digalakkan supaya tidak membalut bayi anda dengan kain atau selimut.

* Mandi dengan air suam dan menukarkan lampin

Dapatkan lampin yang terbaik untuk waktu malam. Sebelum tidur, mandikan bayi anda dengan air suam dan tukar lampinnya untuk keselesaan dan mengelakkan tidurnya terganggu. Lampin yang baik dan dapat menampung kebocoran dapat mengurangkan gangguan sepanjang malam. Malah, bayi anda akan bangun dengan wajah gembira. Kajian menunjukkan bayi yang bangun dengan wajah gembira dan mendapat tidur secukupnya, mampu belajar dengan

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template