Wednesday, 6 February 2013

10 TiP MuDaH TiDuR LeBiH LeNa

Kelmarin, semalam atau hari ni.. nyenyak tak tidur kita?? Adakah kita memperolehi tidur yang berkualiti. Nyenyak dan lena tanpa sebarang gangguan. Kalau kita alami masalah susah atau sukar nak tidur, cuba ingat2kan balik apa yang kita buat siang tadi. gangguna tidur ni jadi faktor utama kepada masalah kesihatan tau. Contohnya?? Masalah kat tempat kerja, kesesakan lalu lintas yang kita dok hadap hari2, kencing manis, tekanan dan masalah kardiovaskular. Hahh.. banyak kan..

Menurut David Simon, Pengarah The Chopra Center di Carlsbad, California, Amerika Syarikat kata tidur yang nyenyak adalah dasar yang kuat tok kesihatan mental & fizik. Sebabnya? sel-sel dalam tubuh kita memerlukan istirehat yang cukup. ada beberapa fakta yang boleh bantu tok tingkatkan kualiti tidur kita 

1. TeNTuKaN GeLoMBaNG TiDuR

* Rasa mengantuk seperti gelombang yang datang setiap 60-90 minit sekali dan teknik ni dikenali sebagai ultradian rhythm. Menurut kata Dr David Morawetz plak.. dia ni pakar gangguan tidur dari Melbourne. Menangguhkan waktu tidur sebab nak baca buku contohnya, dari satu ke satu bab boleh hilangkan rasa mengantuk tu. So, kita tak kan mengantuk lagi sebab dah melewatkan gelombang tidur tersebut..

* Tidur ni macam 'berlayar'. Tangkap gelombang tu masa kita mengantuk. Kalau tak??? Kenalah tunggu sampai gelombang mengantuk datang lagi 60-90 minit nanti. Nak belayar kena tunggu air pasang surut cam ti jugak ngan gelombang tidur ni.. hahahaha

* Masa gelombang tu datang (jangan plak korang pasang kuda2 ok).. tetapkan posisi tempat tidur sebab gelombang itu hanya bertahan selama 5-7 minit jek. Bila rasa mengantuk datang, tinggalkan semua aktiviti dan TIDURLAH....


2. TiDuR PaDa WaKTu SepAtUtnYa

* Kita tak perlu ke bilik tidur pada waktunya setiap malam. kalau mata tak mengantuk, badan tak letih atau penat.. kita baring berjam-jam kat atas katil pun tak jadi apa. So, adalah lebih baik kalau kita baring atas katil bila kita dah pun rasa mengantuk. ok??

* Kebanyakkan orang yang mengidap INSOMNIA yang kronik, akan mengalami kesukaran tok tidur, suka mengeluh dan banyak sangat berfikir. Jadi, apa yang kita perlu buat...

*  Janganlah kita dok fikir.. "kenapalah aku susah sangat nak tidur..". Kalau asik fikir benda yang sama dah macam rutin lah plak kan. memanglah akhirnya tidak memang tak boleh tidur. Rilek-rileks sudaa..

3. NYaHKaN eMoSi KeTiKa TiDuR

* Salah satu masalah utama yang buat kita tak boleh tidur ialah... asyik dok fikir masalah seharian. Bertengkar dengan pasangan, masalah kewangan, isu kat tempat kerja atau paling tidak pun apa yang nak kena buat esok.. kan?

* Walaupun semua masalah tu perlu diselesaikan.. Tapi, tak kan dapat atau perlu selesai kat tempat tidur kan. 

* Kalau boleh, atur jadual pada waktu siang untuk apa yang kita fikirkan supaya hal-hal tu tak kacau kita masa nak tidur.

* Anggap jer.. bila kepala kita letak je kat bantal.. sume masalah tu takde dan tidurlah dengan penuh lena.

4. BeRSiHKaN TeMPaT TiDuR

* Satu penelitian kat University Of Worcester mendapati kebanyakkan selimut atau kadar kita tu boleh bawak sehingga 20,000 kuman debu dalam rumah. WooHoo.. kalau keadaan ni jadi, memang boleh sebabkan implikasi serius kat gejala cam asma, radang saluran pernafasan, masalah kulit dan macam-macam lagi.

* Seeloknya, kita kena cuci selimut sekurang-kurangnya setiap 2 minggu sekali untuk hindarkan gejala alahan yang mengganggu.

5. BaNGuN PaGi PaDa WaKTu YaNG SaMA

 * Sebenarnya kita tak perlu tidur pada waktu yang sama setiap hari TAPI.. kita perlu bangun pada jam yang sama setiap hari. Kalau kita amalkan, ia boleh menjadi kebiasaan dan kita akan tidur pada waktu yang sama setiap malam.

* Perlu iangat tau.. segeralah ke tempat tidur apabila kita da rasa mengantuk atau mula menguap dan mata terasa berat.

6. BiLiK TiDuR HaNYa uNTuK HuBuNGaN iNTiM & TiDUR

* Syyy... Jadikanlah tempat tidur sebagai tempat untuk hubungan intim bersama pasangan yang sah dan tidur je... janganlah tengok tv, dengar radio pon kat situ, buat kerja pejabat pon kat situ. Tak ELOK tuuu...

* Aktiviti-aktiviti tu amat-amatlah berlawanan dengan tidur sebab kita dah fokuskan tmepat tidur dengan fikiran yaang sibuk.

* Oleh itu, buat lah sume2 perkara tu di masa dan tempat yang lain. 

7. TeNaNG & NiKMaTi 

* Dalam kajian selama 16 tahun yang dorang buat kat Case Western Reverse University Ohio mendapati wanita yang kurang tidur kurang dari 5 jam atau kurang boleh sebabkan berat badan meningkat dengan cepat. TIDAKKKK!!!!

* Hahh.. mesti tak nak kan. So, nikmatilah waktu tidur dengan berkata.. 

8. JauHi DaRi 'TiDuR aYaM'

* Kebanyakan dari kita ni suka tertido depan tv. perasan tak? da jadi habit kan.. tido plak beberapa jam sebelum waktu tidur yang sepatutnya. inilah salah satu sebab kenapa kita susah nak tido malam. Akibatnya, gantian tidur waktu malam dibawa ke waktu siang.

* Namun begitu, tidur-tidur ayam yang kita lakukan pada waktu siang akan buatkan kita sukar tidur lebih cepat dan nyenyak.

9. CuBa TiDuR SeNDiRi

 * Ikut kajian dari Australia mengatakan berkongsi tempat tidur dengan rakan sebilik boleh kurangkan ketenangan fizikal (kecuali pasangan suami isteri)

* Tapi, beberapa peneliti percaya wanita lebih senang tidur atau tidur lebih nyenyak berbanding lelaki. Kenapa erk?? sebabFaktor kitaran hidupnya seperti melahirkan anak, menopaus atau sibuk sangat dengan macam-macam urusan di siang hari sama ada urusan kerja mahupun urusan rumahtangga.

10. JaNGaN TeRTeKaN KeRaNa 'TiDaK TiDuR'

* Sebenarnya, kemampuan untuk tidur boleh hilang bila kita terlalu bimbiang tentang 'tidak tidur'. Dengan kekusutan yang berterusan tu yang buat kita terjaga.

* Jadi, masa kita nak ke bilik tidur tu katakan pada diri sendiri yang kita tak perlu bimbang untuk tak tidur. Baring atas katil untuk berehat, tenangkan fikiran dan hilangkan stress yang berlaku, mesti kita kan tertidur dengan sendirinya.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template